- Level Up Weekly
- Posts
- Kalau Awak Ada 30 Hari, Cuba Buat Ini
Kalau Awak Ada 30 Hari, Cuba Buat Ini
The step-by-step framework saya guna untuk launch new things
Imagine this.
Awak bangun dari tidur and capai iPhone X awak dan skrol segala notifications yang keluar.
Ada mesej dari group WhatsApp family. Ada kawan-kawan send reels dekat DM Instagram.
Tapi ada satu noti that caught your eye. It was an email.
Dan email itu tertulis…
Congratulations! Someone Just Paid You RM1,000.
How would you feel?
Weh kalau saya, I’d feel unstoppable! Rasa macam dunia ini ana yang empunya!
Padahal baru RM1,000 kan? But that’s the thing, RM1,000 dari side income lain rasa dia berbanding RM1,000 daripada gaji kita.
Tak kiralah kita makan gaji atau masih belajar dekat universiti, it’s always good to have a side income.
Having one income is good but having another one is just great!
Dengan ada income lebih, kita boleh:
Beli apa kita nak beli
Beri lebih dekat yang tersayang
Pergi travel tempat-tempat kita impikan
Macam-macam yang boleh berlaku insya-Allah!
Paling penting kalau awak tanya saya lah kan, peace of mind.
Tak perlu stres over the fact that I don’t have enough money to pay the bills. Saya boleh keluar dengan tenang. Saya boleh pergi kerja dengan tak serabut kepala. It’s just so worth it!
I’ve been through a phase like that. Dan saya tahu awak pun pernah lalui. Ataupun mungkin awak tengah lalui sekarang.
Let me show you what you can do. All you need is:
A 30-day workflow
Your skill
Day 1-7 (The ‘Decide’ Phase)
Tempoh 7 hari pertama ini paling crucial sekali. Jangan sesekali SKIP proses ini, especially kalau awak baru nak start with selling your skill.
Dekat fasa ini, awak cuma kena buat beberapa benda je sebenarnya.
Decide skill yang awak nak jual
Ada macam-macam cara nak buat step ini. Dalam buku Sell Your Skill, saya share tentang Deductive-Scoring Method. Tapi saya nak jimatkan masa awak.
Choose ONE skill yang awak PASSIONATE about. Tak kisah apa pun skill awak. Anything yang awak ada experience and knowledge in, itulah dia.
Decide siapa audience awak
Again ada banyak cara nak buat step ini. Saya nak bagi cara paling simple. Gunakan Who I Am Method.
Cuba ingat balik apa sebab awak belajar skill awak in the first place? Mungkin nak guna dekat tempat kerja. Mungkin sebagai hobi. Mungkin jugak awak terpaksa solve satu problem.
Whatever it was, mesti ada sebab, kan?
Audience awak ialah orang macam awak yang mula nak belajar skill awak dulu. Itulah konsep Who I Am Method.
Now saya kena be transparent dan jujur dengan awak. Saya dah super simplifykan 2 steps ini.
Dia tak sesusah yang ramai sangkakan. Dia akan jadi susah kalau you don’t take a pen and paper untuk tuliskannya.
Day 8-14 (The Research Phase)
Fasa ini sebenarnya menentukan sama ada awak akan boleh buat duit atau tak.
Kita dah ada skill kita. Kita dah kenal audience kita.
Sekarang kita kena fikirkan macam mana kita nak jual dekat audience kita dan related dengan skill kita.
Which is why kita kena buat research. Now bila saya sebut research, bukannya kena buat FYP atau kena search article dekat Google. Bukan bukan. It’s just simple research via social media.
Apa masalah awak boleh selesaikan?
Sekali lagi awak kena ingat balik kenapa awak belajar skill awak. Let’s say your skill is Bahasa Mandarin. Agak specific tapi nama pun contoh xD.
Apa masalah pertama awak lalui masa nak belajar Mandarin dulu? Katakanlah awak tak betul-betul baru nak belajar. Mesti awak kena belajar tentang tone dan pinyin, kan?
99.9% audience awak yang nak belajar bahasa Mandarin pun akan lalui masalah yang sama. Jadi awak boleh gunakan knowledge & experience awak ada sekarang untuk selesaikan masalah mereka. That’s it!
Macam mana awak nak selesaikan masalah mereka?
Dalam komuniti kita ini, saya selalu sebut yang awak boleh jual skill awak dalam bentuk info products atau services. Saya sangat recommend awak start dengan info products.
Let’s say awak pilih info product in the form of an ebook. Ebook awak itu memang fokus tentang SATU masalah yang dah kita tentukan tadi, which is tone & pinyin.
Dari A-Z kita sentuh tentang tone & pinyin sahaja. Tak perlu masuk kepada perkataan dan sebagainya. Solve that one problem saja dulu sebab that is the biggest chunk of it.
Day 15-21 (Content & Kolamize Phase)
Skill dah ada. Audience dah ada. Masalah nak solve dah ada.
Now it’s time to tell people. Again to simplify, awak boleh start dengan buat content yang valuable dan actually gives something to people.
Pilih SATU platform social media
Saya faham yang ramai orang suruh kita jadi omnipresence, ada dekat semua platform. Tapi kita sembang secara realistik lah ya…Mampu ke kita buat macam itu kalau kita baru nak start? I don’t think so. Saya sendiri pun tak boleh nak buat.
Pilih je satu platform yang awak suka dan selesa. It depends on whether you’re comfortable with writing or speaking.
Cari idea untuk content awak
Cara yang saya buat ialah tengok apa orang yang dah ada followers ramai dekat platform awak itu buat.
Kalau awak decide nak gunakan TikTok, cuba tengok apa TikTokers yang cakap pasal skill sama macam awak buat.
Most of the time, content akan lebih kurang sama. Kenapa orang nak dengar cakap awak?
Simple. Kenapa awak suka influencer A dan tak influencer B? Sebab A ada experience & story yang awak suka dan rasa lebih relatable. Same thing.
Just be yourself. Sangat underrated tip ini. Jangan risau nak sharekan story dan experience awak. I did and look how far we’ve come.
Post valuable content setiap hari
Jangan fikir pasal views. Jangan fikir pasal followers. Think about just getting out there.
Saya pegang dengan konsep Snowball Effect. Salji yang turun dari gunung bila bergolek kebawah, makin lama makin besar dan makin laju.
Content yang awak buat, lagi lama awak buat lagi ramai orang akan awak capai. Tapi syaratnya, kena post setiap hari.
Letakkan link dekat hujung content
Audience yang awak ada dekat social media, awak sebenarnya tak boleh control. Kalau tiba-tiba TikTok atau Twitter atau Facebook atau apa sajalah platform awak pakai down, apa awak nak buat?
Which is why saya recommend untuk kolamizekan audience awak. Kolamize maksudnnya kumpulkan dekat satu tempat.
WhatsApp group ke, Telegram channel atau personal feveret saya, email newsletter macam yang awak tengah baca ini.
Dekat hujung content awak tadi, letakkan link untuk join kolam awak. Please do this sebab kalau tak, orang tak tahu macam mana nak jadi ahli community awak.
Day 21-30 (Sell and Make $$$ Phase)
Saya ada satu tip sangat mahal. Tip ini kalau saya tahu 6 tahun lepas masa saya baru mula-mula nak jual skill saya, saya rasa dapat jimat masa dan saya tak perlu stres pun. Macam biasa, masa untuk quotes hahaha!
Don’t sell to people who don’t want to buy.
Sebab itulah saya recommend kita kolamizekan tadi. Orang yang berada dalam kolam kita, chances are they want something more from us.
Dia dah dapatkan free value dari kita, tapi dia nak lebih, which makes total sense kita nak jual dekat dia.
Utamakan audience dalam kolam awak. Jawab soalan mereka ada. Give more value to them. These your paying customers.
Satu tip saya lagi ialah sentiasa tanyakan apa yang mereka nak tahu dan apa masalah mereka lalui.
Solve their problems and they’ll pay you money.
Tunggu apa lagi, jual lah hahaha!
Nak jual pun ada banyak cara. Senang je, awak pergi daftar ToyyibPay dan lepas itu awak buat payment link untuk ebook awak tadi.
Bila awak promote ebook dalam group, letakkan link tadi.
Insya-Allah, akan ada yang beli.
Summary & Final Notice
Fuhh penat jugak nak tulis steps ini ya.
Tapi takpe, saya tahu you can benefit well from it. But before I forget, saya nak sentuh something really important.
The actual reason why you MUST sell your skill.
Dalam banyak-banyak steps dekat atas tadi, day 15-21 awak akan rasa malas dan tak nak buat. Bukan sebab awak actually malas, tapi awak rasa tak selesa.
Awak akan rasa kekok dan serba salah nak bagitahu dekat orang ramai yang awak ada skill awak itu.
In fact masa saya buat survey dalam group #SkillSellers, 51 daripada 55 voters cakap YA sama ada mereka rasa kekok atau tak bila nak promote skill.
Saya faham 100% situasi awak dan mereka. Dulu saya sendiri pun macam itu. Kita rasa macam kita nak jadi selfless. “Tak apalah Paeh, tak perlulah saya nak jual skill saya ini. Nanti kang apa pulak kata orang”.
Dekat sini saya nak cakap yang not selling your skill is SELFISH. Why? Sebab cuba kita fikirkan, berapa ramai orang kita boleh bantu selesaikan masalah mereka kalau kita jual skill kita?
Sebagai contoh skill bahasa Mandarin tadi. Kalau kita tak buat ebook pasal pinyin & tone tadi, mungkin ada orang yang dah 5 tahun nak belajar Mandarin tapi tak terbelajar sebab tak ada cara yang awak ada.
Can you rest well knowing that? Bagi saya selling your skill is not just about income, it’s about impact.
“Dahtu kenapa kita kenakan bayaran? Kenapa kita tak bagi for free je? Kata nak berikan impak, kan?”
Saya nak tanya awak satu soalan. Awak ada tak kenal siapa-siapa yang kalau awak bagi something for free, dia tak hargainya. Maybe even yourself. Heck, saya sendiri pun macam itu!
Ada quotes ini saya dengar dari dua orang guru saya:
People who don’t pay, don’t pay attention
It makes sense. It makes total sense. Orang yang tak bayar apa-apa, tak akan berikan perhatian dan tak akan gunakan ebook atau kelas atau apa saja knowledge kita share dekat dia. Sama jugak dengan servis kita, dia tak hargai.
People who pay, pays attention and takes action. Itu apa yang saya percaya.
Tapi tak adalah semua orang yang dapat free things tak hargainya. We’re talking about the majority of people.
Hopefully postini kali ini bermanfaat untuk awak ya!
Speaking of free things, saya nak invite awak join saya selama 5 hari, 60 minit sehari, for 100% free dalam Sell Your Skill Masterclass.
If you bought my book, masterclass ini akan jadi satu refresher dan akan terangkan everything back dengan cara lebih jelas dan secara LIVE.
If you haven’t buy the book yet, masterclass ini akan jadi the perfect first step for you to get started.
Again, it’s 100% free. Saya gamble jugak sebab saya risau bila buat free, orang tak hargai. But I know YOU will appreciate it.
Join saya 17-21 Ogos nanti secara live dekat sini: https://ezy.la/sysm
Slot terhad kepada 300 orang saja. I hope to see you there, boleh?
Apa-apa pun see you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:
Buku Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Hampir 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.
The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.
Reply