5 Jenis Digital Product Untuk Buat RM1,000/Bulan

Saya dah cakap tapi saya akan ulang-ulang lagi…

Digital product ialah cara terbaik untuk orang bekerja 9-5 buat duit online

Tapi mungkin awak tertanya-tanya digital product apa yang awak patut buat sebenarnya, kan?

Hari ini saya nak kongsikan 5 jenis digital product beserta level yang sesuai untuk buat.

Saya sharekan sekali macam mana awak boleh mula buat walaupun awak busy dengan kerja awak.

5 Digital Products

Ebook atau Guide

Why?

Ini antara kaedah favourite saya untuk buat duit. Bayangkan kita ada aset yang mana kita cuma perlu buat SEKALI tapi boleh jual banyak kali.

Dan lagi best ialah daripada bentuk digital, kita boleh fizikalkan dia.

2 buku saya, Sell Your Skill dan Sell Your Ebook, bermula dengan PDF dan saya hantarkan ke publisher untuk print. Jadi satu lagi aset dan sumber duit.

Cuma ebook atau guide akan ambil masa sikit untuk siapkan, jadi kalau nak fast cash, saya tak recommend. Untuk long term? 100% the best way.

What?

Nak hasilkan ebook atau guide ini awak boleh gunakan 2 cara paling simple:

  • Google Doc/Word: Saya gunakan tool inilah untuk buat SEMUA ebook dan buku saya. Memang simple but gets the job done

  • Canva: Canva dah jadi satu tool yang sangat powerful sampaikan boleh download as PDF jugak

How?

Ebook sebenarnya tak susah nak hasilkan. Mungkin awak rasa saya cakap macam itu sebab I’ve been doing it for 7 years.

Tapi sebenarnya masa saya start 2018 dulu pun, it was easy. Ramai orang ingat ebook dan guide perlu tebal, panjang dan cerita semuanya.

That is 100% FALSE - here’s why:

Pernah tak awak baca buku teks masa sekolah atau dekat uni? Most likely tak. Tapi kenapa? Sedangkan buku teks itu dah cukup lengkap dari A-Z. Sebab dia ‘terlalu lengkap’ lah kita tak baca.

Banyak sangat benda sampaikan kita rasa malas dan overwhelmed - benda sama kalau awak jadikan ebook awak macam itu. So don’t!

  1. Pilih satu masalah untuk diselesaikan

  2. Ceritakan solusi untuk selesaikannya

That’s it!

Template

Why?

Ini satu benda yang mudah nak dihasilkan dan orang sanggup bayar mahal. Bayangkan kita boleh copy paste saja something dan dapat sebijik macam yang asal - bahasa mudah untuk template.

Template sesuai untuk yang lebih berpengalaman dan satu-satu skill. Boleh dibuat berdasarkan cabang-cabang tertentu.

Contoh untuk freelance service, boleh buat template contract. Template sesuai untuk fast cash tapi tak sesuai untuk long term sebab dia semata copy & paste - tak ada additional value untuk value ladder.

What?

Sama macam ebook atau guide tadi, boleh hasilkan template menggunakan Google Doc atau Canva.

How?

Awak kena faham yang template ini basically kita bagi terus dekat orang itu.

Macam contoh freelance service tadi, template contract tadi basically orang itu boleh copy paste, tukar sikit-sikit dan siaplah…kontrak dia lah tak kan siap teh ais 3 layer pulak hahaa.

Course

Why?

Course ini pun satu aset yang mana kita buat sekali tapi boleh jual banyak kali. Kita hasilkan course ini sama macam ebook tadi - cuma dia fokus kepada video.

What?

Ramai orang tak suka buat course. Bila saya tanya, kebanyakannya rasakan yang nak buat course perlukan technical skill dan kena guna software mahal-mahal.

Eh saya tak tahu siapa yang ajar benda ini tapi kalau saya jumpa, saya akan ketuk dengan hammer. Ingat, course ini sebenarnya susunan video saja.

Maknanya boleh guna apa saja selagi mana boleh susun video. Cara paling simple ialah upload ke satu playlist dekat YouTube dan setkan unlisted. Orang yang dapat link saja boleh akses.

How?

Course ini sama macam ebook, akan ajar someone untuk buat something. Berbeza dengan template yang mana orang dah dapat siap tersedia.

Jadi awak kena tahu apa steps orang perlu ikut. Kalau ada 5 steps, akan ada 5 videos - setiap 1 explainkan 1 step.

Webinars & Workshop

Why?

Ini pun salah satu favourite saya yang mana banyak dah webinar yang bantu saya buat 4-5 angka. In fact webinar free baru-baru ini pun, saya berjaya buat RM1,988 dengan offer RM497. A story for another day lah ya.

Webinar ini sesuai untuk fast cash - boleh buat bila-bila dan tiba-tiba. Rasa macam nak duit cepat, boleh terus buat posting cakap akan buat webinar.

What?

Ish nak buat webinar atau workshop zaman pakar IT pakar ekonomi, jaguh sukan - eh jap, macam lain? Okay webinar dan workshop ini awak boleh gunakan YouTube Live, Facebook Group dan tools macam Google Meet atau Zoom.

Semua ini FREE! Kita akan mintak orang bayar untuk dapatkan akses and then we give them the link - as simple as that.

How?

Webinar ini sama konsep macam course dan ebook - mengajar seseorang untuk dapat buat sesuatu.

Bila sebut saja ‘ajar’, kena pastikan kita share the steps, bukan share information. Information dah free, kita nak jual ‘cara nak buat’.

Why?

Ini salah satu benda yang saya tengah giat bina sekarang ini. Paid community sepatutnya jadi nadi kepada semua orang yang menjual skill. Aspek ‘recurring payment’ buatkan kita kurang stres untuk cari pembeli baru.

Setiap bulan orang akan bayar untuk akses community kita dan benda itu akan jadi satu stable income untuk kita. Cumanya dia lkurang sesuai untuk orang yang baru nak start jual skill.

What?

Nak buat community ini ada banyak tools. Ada tool macam Skool, Circle dan jugak Systeme. Saya tak boleh dan tak akan cover satu pun - semuanya complicated.

Instead, saya nak bagi yang paling simple. Gunakan Facebook Group @ Discord.

Awak akan perlukan Stripe untuk buat ini sebab Stripe boleh bantu hasilkan link yang mana orang klik, boleh bayar - awak boleh set bulanan atau tahunan.

How?

Pertama sekali kena faham yang community ini ada orang akan churn - bahasa mudah ialah stop daripada bayar. Itu fakta dan akan berlaku. Deal with it hahaa.

Saya pun lalui benda yang sama - dan elok benda ini berlaku sebab dia akan ajar kita apa yang kurang.

Untuk buat community awak sendiri, mulakan dengan aim yang jelas. Apa orang akan dapat daripada community?

  • Apa end goal?

  • Apa quick win?

  • Ada support?

  • Dapat direct access?

Semua ini penting untuk kita wujudkan.

Summary & Final Notice

Inilah cheat code untuk awak level up hari ini. 5 jenis digital product ini akan bantu awak untuk hasilkan 4 angka setiap bulan.

And no, tak perlu nak buat semua. Start dengan satu yang sesuai untuk awak dan audience awak.

Paling penting ialah start hari ini. Your future self will thank you for it.

Apa-apa pun jumpa next week!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready, ini cara saya boleh bantu awak capai RM1,000 pertama dengan digital product awak:

YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.

Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.

Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.

Reply

or to participate.