- Level Up Weekly
- Posts
- 5 Langkah untuk Buat Duit Dengan Apa Saja Skill
5 Langkah untuk Buat Duit Dengan Apa Saja Skill
Framework Ini Bantu Saya Buat RM100K Setahun
Skill ialah aset terbesar seseorang boleh ada.
Kalau kita ada skill, kita tak akan tukar susah dalam hidup.
Tapi, macam mana kita nak mula buat duit dengan skill sebenarnya?
Apa steps yang perlu dibuat?
Hari ini saya nak revealkan segalanya. Dan framework inilah saya guna untuk buat RM100K setahun.
Eh ini bukan nak riak ye. Kalau riak lain cara nak cakap dia xD
Okay saya harap awak dah ready ya.
The 5S Framework
Framework yang saya nak introducekan hari ini ialah The 5S Framework.
Jangan risau, bunyi je macam fancy tapi sangatlah simple.
Kandungan framework ini ialah:
Selecting
Strategy
System
Selling
Scaling
Sabar, saya akan go into detail of each one.
Selecting
The first step to making money with our skill is to select ONE skill.
Penting sangat sangat untuk kita pilih satu je dulu.
Kita nak elakkan sebarang stres dan confusion. Dah lah kita baru nak mula, nak serabutkan diri pulak!
Macam mana nak select satu skill saja?
Ada banyak method sebenarnya. Hari ini saya nak introducekan satu saja. Kita simplifykan things.
Saya gelar method ini The Pinpoint Method.
Eh nama mesti mau gah xD.
Cara untuk implement ialah:
Ambil sehelai kertas dan tuliskan segala skill awak ada.
Kemudian, bulatkan 3-5 skill yang awak pakar dan suka.
Dari 3-5 skill ini, select satu yang awak bangun saja tidur, awak boleh terus buat tanpa fikir panjang.
Simple, kan?
Dengan method ini, awak dah dapat jumpa one skill anda.
Ada banyak lagi method lain dan saya ada expose dalam buku Skill Equals Money saya. Tak tahulah bila nak release hahaha
Strategy
Lepas kita dah ada skill kita, kita nak kena susun strategi kita pulak.
Honestly, ada way too many strategies kita boleh gunakan.
Ada yang sesuai dengan saya dan awak, ada yang mungkin tak.
Macam biasa, saya nak kongsikan satu cara saja dulu. Banyak-banyak kang nanti tak terbuat.
Saya cadangkan awak guna content funnel.
Okay sebelum awak bising “eh alah kena buat content ke, aduhhh!”.
Lek luh!
Kita buat content funnel sebab ia sebenarnya simple to implement.
Here’s the steps:
Pilih satu platform yang awak suka. TikTok ke Twitter ke FB ke, tak kisah.
Research content that’s working dekat platform itu.
Start making content.
Dekat hujung content, letakkan cara untuk contact awak.
So it kita punya strategy laid out.
Simple kan?
System
Kalau awak macam saya, kita merupakan solopreneurs.
Bila solopreneurs ini, kita memang buat semua benda sendiri.
Jadi untuk mudahkan kerja kita, kita kena ada a few systems in place.
Antaranya ialah:
Invoicing system.
Payment gateway system.
Funnel system.
Automation system.
Semua ini antara benda yang akan memudahkan kerja kita.
Saya tak boleh nak cover semua jenis system, jadi saya pilih untuk tak cover langsung hahaha.
Carian Google akan berikan result macam-macam, just pilih je!
Selling
Now is the time to start selling and making money!
But how do we do it?
Okay sekarang kita dah ada 4 benda utama untuk kita mula buat duit.
Sekarang ialah just susun semua 4 benda itu dan implementkan.
Pilih skill » Susun strategy » Setup system » Start selling
Yes, itu je!
Basically, kalau kita dah buat 3 benda awal tadi, kita dah start selling sebenarnya. Kalau awak tak buat, maka tidaklah akan turun duit itu dari langit ke poket awak.
Keep dreaming lah brother! hahaha.
Scaling
Let’s say awak dah mula buat duit sikit-sikit.
Mungkin dah ada 5-10 customer awal.
Tahniah! Awak dah pun jadi antara 5% yang actually take action.
Sekarang cuma tinggal untuk scale saja.
Scaling sebenarnya antara step paling mudah.
Kita cuma perlu plug n play saja dalam ecosystem kita.
Antara cara ialah:
High ticket upsell - Kita jual something yang harganya lebih mahal pada customer yang sama
Affiliate cross sell - Kita jadi affiliate produk orang lain yang sesuai dengan customer kita
2 cara ini pun dah boleh bantu awak buat 4-5 angka sebulan.
Saya serius! If you actually do it, you’ll see it!
Summary
Saya summarykan balik.
Ada 5 steps untuk mula buat duit skill dekat dunia online which is The 5S Framework:
Selecting
Strategy
System
Selling
Scaling
Macam saya cakap, framework ini lah yang saya dan ribuan orang lain gunakan untuk buat duit banyak dekat dunia online.
All with just selling with our skill.
Now is the time to take action!
Jumpa dalam yang seterusnya,
Paeh Brian,
You only need one skill
p/s Kalau awak dah baca, boleh reply dengan sebarang soalan atau masalah awak lalui untuk make this work.
Reply