- Level Up Weekly
- Posts
- 9,412 Followers Dan RM72,311 Dalam 15 Bulan Dengan 3 Strategi Ini
9,412 Followers Dan RM72,311 Dalam 15 Bulan Dengan 3 Strategi Ini
Dalam tempoh masa 15 bulan, saya berjaya:
Bina followers lebih 9,412
Buat lebih RM72,311
Bermula Februari 2023 hinggalah ke hari ini tanpa keluarkan sesen pun untuk iklan berbayar atau upah ‘influencer’.
Hanya bekerja dari rumah, sambil bekerja sebagai pensyarah sambilan dan travel sana sini dengan family saya.
I’ve done it - now it’s your turn.
Hari ini saya nak sharekan 3 strategi yang mana kalau awak gunakan, awak boleh buat apa yang saya buat.
#1 Pull Some and Push Some
Awak nak dengar realiti yang agak pedih tak? Tak semua orang suka saya. Well tak ada kena mengena dengan awak pun, saja saya nak put it out there.
Tapi AWAK pun akan lalui benda yang sama.
Bila awak start sharing pasal skill atau passion awak, awak akan tarik sekelompok orang dan tolak sekelompok orang.
And that’s 100% okay! Satu quote saya suka dengar:
If you are not offending some people, you're doing something wrong
Kita nak orang yang follow kita cuma orang-orang yang suka apa kita nak cakapkan dan akan beli apa kita offerkan.
Cuba tengok Dato Aliff Syukri. Yes, kita sama-sama tak sukakan cara dia - ada yang suka dia dan habiskan beribu untuk beli produk dia.
Of course kita tak perlulah keluarkan lagu raya yang orang tak nak dengar. My point is that ada yang tak akan suka apa kita buat dan ada yang akan.
#2 Don’t Be Fake
Benda yang paling teruk kita boleh buat ialah jadi fake. Come one, dah tahun 2024 wahai sahabat.
Kita patut sedar yang now is easier than ever untuk kita jadi diri sendiri.
Zaman yang mana kita perlu jadi ‘sifu’ atau ‘guru’ dah jauh berlalu pergi. Sekarang ialah zaman ‘fans’ dan ‘tribe’.
Cuba awak study balik influencers favourite awak. Are they plastic or are they metal? Most yang saya tengok, memang metal.
Untuk tak jadi fake ini senang saja:
Pegang kepada core values awak sendiri - apa awak percaya & apa awak bencikan.
Contoh macam saya:
Saya percaya orang TAK PERLU berhenti kerja, cuma perlu bina satu cabang income baru
Saya percaya FORMAL EDUCATION itu penting dan mengajar kita benda yang tak ada dekat tempat lain
Saya suka untuk luangkan as much time as possible dengan family saya dan travel sana sini
Saya suka cakap & tulis dalam bahasa yang mix
So apa awak punya core values? Cuba reply sikit, macam best pulak nak baca!
#3 Focus On 1, Not 10
Kita ini manusia. Sibuk dengan pelbagai acara. Hidup di atas muka bumi, penuh dengan perosak dan pembasmi.
Bunyi macam power kan? Tapi saya sendiri tak tau apa maksudnya. Macam pantun tak pantun hahaha.
Tapi yes, kita ini sentiasa sibuk. Dalam kesibukan kita ini, penting untuk kita sedar kita tak boleh buat SEMUA benda.
Saya cadangkan untuk gunakan Rule of 1:
1 skill atau passion
1 cabang audience
1 platform online
1 main offer
1 website
And saya nak jujur dengan awak, saya pun buat kesilapan yang sama. Over the past few months ini, saya cuba masuk ke platform baru macam Instagram, TikTok dan YouTube.
Menyesal sebenarnya sebab saya perlukan lebih masa untuk faham. Plus, 3 social media itu semuanya berbentuk video - lain sangat dengan X.
Jadi saya decide untuk hanya fokus pada X dan YouTube. Tapi kalau awak baru nak start, again, pilih satu saja.
Summary & Final Notice
This is the cheat code untuk awak level up hari ini. Just saya nak tambah satu benda which is benda ini akan ambil masa.
Sebab itulah saya tak pernah recommend awak untuk berhenti kerja. In fact, aim saya ialah buat RM30,000/bulan sambil bekerja sebagai pendidik.
Why? Eh suka hati lah hahaa. Ini cara baru. Cara yang mana kita boleh buat apa kita bila-bila masa, dekat mana saja.
Kenapa kita perlu follow naratif lapuk yang tak benarkan kita buat itu ini? Just because our way is different, doesn’t mean it is wrong.
Enough ranting daripada saya. Btw saya nak ingatkan yang 27hb saya akan buat First RM500 Workshop. Workshop ini akan jadi cheat code nombor satu kalau awak nak buat duit online.
Yurannya saya tak tetapkan lagi, tapi tak akan sampai RM50. Cumanya ada sikit catch:
Cuma terhad untuk 100 orang saja
Pendaftaran saya buka 25hb jam 8.00 malam saja
Kalau awak serius nak mula dan rasakan nikmatnya akaun bank masuk kaching kaching dengan sesuatu yang awak suka buat, saya cadangkan awak daftar waiting list dekat sini untuk tak terlepas.
Apa-apa pun see you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, here’s some resources untuk bantu awak capai RM10,000 pertama dengan skill awak:
PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit.
Reply