• Level Up Weekly
  • Posts
  • Breaking the RM100 Barrier: Cara Untuk Jana RM1K Pertama Dengan Menjual Skill

Breaking the RM100 Barrier: Cara Untuk Jana RM1K Pertama Dengan Menjual Skill

Sesiapa pun boleh buat dengan proses yang simple ini

Kalau awak tanya saya, “what was the hardest part in selling my skill?”, jawapannya ialah nak dapatkan RM100 pertama.

Saya still ingat lagi tahun 2018 - the first year saya mula jual skill saya.

Masa ini saya dah mula ada a few results saya buat untuk kenalan terdekat.

Saya pun beranikan diri untuk cuba promotekan services saya kepada lebih ramai orang.

Jangan risau, kejap lagi saya tunjukkan macam mana saya buat.

Saya start dengan RM150 untuk sebulan. Gila, kan? Kalau fikir balik, rasa macam kurang siuman pun ada!

People pay me RM150, dan saya bantu mereka generate RM10K sales per month.

Tapi it is a start! Kalau tak mula dari RM150 itu, mungkin saya tak boleh caj RM2,000 - amount yang saya caj sekarang.

Post ini penuh dengan actionable steps. Sit back, relax (nak suruh sambil minum coffee tak boleh sebab puasa xD) and take notes!

The Steps

Kalau ikutkan, posting hari ini sebenarnya saya ambil daripada step 4 dari The 5-S Framework yang saya includekan dalam buku The 4 Figure Blueprint (bakal launch hujung bulan, nantikan!) saya.

Basically this is a sneak preview.

Pilih satu tempat

Kalau awak pernah baca mana-mana blog post atau YouTube video atau dekat mana-mana lah, awak mesti pernah dengar pasal benda ini.

Banyak kali saya cakapkan sebelum ini, tapi saya akan ulang lagi. Kita tak nak jual skill kita dekat semua orang sebab bukan semua orang perlukannya.

You don’t sell ice to Eskimos (Inuit nama baru mereka).

Saya nak mintak tolong satu hal.

Dalam memilih port yang audience awak lepak, tolong jangan ikut orang lain. Please.

Awak boleh mintak pendapat mereka. Tapi jangan ikut bulat-petak.

Why? Because it might not suit you or mungkin customer awak tak ada pun dekat sana.

Masa saya start dulu, IG tengah mencanak naik.

Tapi saya go for FB. Ramai cakap it was a mistake. They said saya susah nak berjaya sebab tak ada orang dekat sana lagi.

Almost 6 years onwards, saya dah buat hampir RM300K dan bantu generate hampir RM10 juta accumulated sales for clients.

Value first, sell second

Pelik kan?

Tajuk posting pun pasal nak buat RM100 pertama.

Pastu kenapa saya cakap pasal berikan value.

Let me be honest. Tak ada siapa yang pedulikan pasal skill kita ada.

What people care about is macam mana kita boleh bantu dia dan apa result kita boleh deliver.

Cara untuk buktikan 2 perkara ini? Berikan value upfront.

Kalau awak follow saya dekat Twitter, awak tahu yang saya banyak buat thread yang penuh dengan golden nuggets, kan?

Why? Because I’m giving upfront value.

Saya bagi satu contoh. Semalam saya ada buat posting di FB pasal small win client saya.

Kos iklan dia jadi rendah lepas saya gunakan ChatGPT untuk generate copywriting.

Saya share serba sikit macam mana saya buat.

Tup tup, ada orang PM nak belajar.

Awak boleh post tentang tips, tutorial dan macam-macam.

Kenapa KhairulAming masih buat 30 Hari 30 Resepi sedangkan dia dah femes? Sebab dia tahu pentingnya berikan value.

Include visuals

Saya tahu dan saya faham sangat-sangat, nak create poster dan video untuk post sangatlah susah.

Apa yang saya boleh cakap dekat awak ialah cuba. Cuba dulu. Mungkin 1 seminggu, kemudian 3 seminggu. Kemudian 1 sehari.

Sekarang ini zaman visual. Orang nak tengok gambar dan video. Bukan content text panjang semata-mata.

Pakai software simple macam Canva. Simple, straightforward dan it works.

Ada pulak template, lagi mudah.

Ambil satu, edit sikit dan post!

When to sell?

So kita dah ada banyak value, bila kita nak menjual?

Every time awak buat content, you have to sell.

Dekat setiap hujung posting, includekan CTA.

Kalau awak baru dengar pasal CTA, it is basically Call-to-Action - apa next steps yang audience perlu buat.

Let me simplify it for you, gunakan konsep macam ini untuk CTA.

“Kalau korang nak [result hasil dari skill awak] tanpa perlu [road block yang menghalang dia dari dapatkan result], klik link WhatsApp dekat bawah ini untuk set appointment”

Setel bab CTA.

Next. awak boleh buat a few hard sell post.

Basically posting macam ini lebih kepada menjual semata-mata.

The First RM100

Macam saya cakapkan tadi, RM100 pertama memang susah.

Sebab kita nak mintak pada orang yang tak kenal kita, bayar kita untuk skill kita.

Sounds illogical pun ada kadang-kadang itu.

Tapi it is doable, dan saya living proof. Saya percaya awak boleh buat.

Semuanya yang saya includekan hari ini will help you to get that first RM100.

Tapi ada satu benda yang tak akan boleh bantu awak.

What is it? Delay.

Bila kita delay, kita susah nak merasakan success.

Buat saja dulu. Kalau tak jadi hari ini, mungkin esok, mungkin minggu depan atau mungkin next month.

Get that first hundo, lepas itu dia akan jadi snowball effect.

Summary & Final Notice

Anyone can add more money to their bank account.

Saya firm believer yang kalau anda tak nak quit your 9-5 job, then tak perlu!

Mungkin anda macam saya, jenis yang love our job.

Kenapa nak stop doing what we love, kan?

Ada cara lain. And this is it.

Sekarang masanya untuk thrive!

Boleh boleh?

BTW, saya ada terfikir nak tukarkan dari 1x seminggu kepada 2x seminggu.

Awak rasa okay tak? Or awak rasa macam terlalu banyak benda nak kena hadam hahaha!

Let me know by replying to this, okay?

Alright see you when I see you!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Reply

or to participate.