• Level Up Weekly
  • Posts
  • Cara Dapatkan 30-50 Orang Daftar ke Webinar Kita & Buat 4 Angka

Cara Dapatkan 30-50 Orang Daftar ke Webinar Kita & Buat 4 Angka

Panduan untuk beginner mula jual skill

Dalam 7 tahun saya dengan dunia bisnes dan digital product ini, ada satu jenis digital product yang stands out:

Webinar.

Saya rasa dah lebih 50 webinar saya buat sepanjang tempoh masa ini (tahun ini saya akan buat lebih banyak), this is the most profitable way for me to make money.

Kalau saya kira-kira balik, saya rasa dah cecah hampir RM100K dalam 7 tahun ini dengan webinar saja - tanpa saya run paid ads pun.

Sesiapa saja boleh buat - dan hari ini saya nak tunjukkan the plan macam mana awak boleh dapatkan 30-50 orang ke webinar awak sendiri dan buat 4 angka.

Ada a few case study saya akan petik untuk bantu awak faham dan percaya that what I’ll be talking about is real.

What & Why A Webinar?

Bila sebut webinar, orang jadi takut. Orang akan rasa kena ada technical know how yang tinggi untuk buat benda ini.

Webinar ini sebenarnya sama saja dengan kelas online.

Awak nak gunakan Zoom, Google Meet (personal favourite saya. Why? eh suka hati lah hahaa), YouTube ataupun Facebook Live pun, boleh tak ada masalah.

Apa yang bestnya dengan webinar ialah:

  • Low cost

  • Quick

  • Easy

Kalau saya nak buat duit dengan cepat, saya akan buat webinar.

Sejak kita hadapi pandemik dulu, penerimaan terhadap webinar dan kelas-kelas online dah lebih bagus.

In fact, sekarang ini kalau nak buat benda fizikal jadi susah pula. Orang dah terlalu biasa dengan konsep online - which is for me totally fine sebab saya malas nak setup benda-benda fizikal ini hahaha.

How to Build A Profitable Webinar

Saya nak kongsikan macam mana saya run webinar. I don’t know how anyone else does it. Apa yang saya share ini berkesan untuk saya and it most likely will for you too.

Ada satu gameplan yang awak boleh ikut:

What is the webinar about?

Setiap webinar kita buat, mesti ada SATU main focus. Kalau kita gabungkan dengan macam-macam serentak, dia tak akan jadi.

Dekat sinilah kita berbalik kepada konsep dan undang-undang Sell Your Skill. Awak boleh pilih antara:

  • Skill

  • Passion

  • Experience

  • Knowledge

If I can summarise it:

Pilih satu benda yang awak pernah buat dan ada sesuatu yang boleh dijual

Cuba awak comparekan dua ini:

  • A. Awak pernah memasak tapi cuma sekadar goreng telur

  • B. Awak pernah main golf masa sekolah dan selalu johan negeri

Antara dua ini, mana satu yang awak rasa lagi senang nak jual?

Kalau awak cakap A, tolong tutup posting ini dan pergi tengok rumput-rumput sikit - lama sangat mengadap laptop lah itu!

Of course B sebab ada sesuatu yang kita boleh jual: pengalaman selalu jadi johan peringkat negeri.

Dan ini satu transition cukup bagus kepada point seterusnya…

Who is the webinar for?

Katakanlah kita ambil pasal golf tadi. Sekarang, kita kena fikirkan siapa yang nak tahu pasal benda itu?

Masa inilah kita akan consider beberapa perkara:

  1. Bila benda itu berlaku? Dalam kes ini, zaman sekolah

  2. Apa yang berlaku? Menang golf peringkat negeri

Dalam kes ini, orang yang perlu attend webinar awak ialah pelajar sekolah yang terlibat dengan bidang golf secara kompetitif dan nak menang pertandingan negeri.

Kalau awak baca ayat dalam bold atas ini, ada a few key factors:

  • Pelajar sekolah: Sebab awak sendiri berpengalaman masa sekolah, kalau nak share pada pelajar universiti pun dah kurang sesuai - lain level

  • Terlibat dengan bidang golf secara kompetitif: Kalau pelajar itu tak terlibat dengan kompetitif, buat apa dia nak tahu cara nak menang peringkat negeri

  • Nak menang pertandingan negeri: Ada satu benda yang jelas yang awak dah capai dan oleh bantu pelajar itu capai

Sekarang awak dah tahu cara nak buatnya - now how do you get people to join?

Getting 30-50 People to Join & Make 4 Figure

Untuk mudahkan awak faham dan boleh buat, just follow these 5 steps:

  • Letakkan yuran RM19-RM49: Ini tanda harga yang kalau tanya saya paling efisyen - especially kalau kita beginner. From there, just reverse engineer untuk dapatkan 4 angka. Targetkan RM1,000 pertama. Kalau RM1,000 dan yuran RM29, kena cari 35 orang.

  • Buat Kolamization Funnel: Awak pilih satu tarikh untuk awak buat webinar itu nanti. Katakanlah 26 Mei (which is tarikh webinar free yang saya akan buat, boleh daftar sini).

    Awak perlu start promoting 30 hari sebelumnya. Awak akan buat content bermanfaat, tarik orang ke satu group WhatsApp dan sharing lebih dekat sana. 3-5 hari sebelum tarikh webinar, buka untuk pendaftaran. Setel!

Sebenarnya nak war-warkan pasal webinar kita ini jauuuuhhhhhhhh (jauh betul) lebih senang daripada nak susun webinar itu sendiri.

And for good reasons sebab kalau apa yang ada dalam webinar itu tak menarik, orang tak akan join.

Now the juicy part, success stories!

Success Stories

Cikgu Khairi

Masa kali pertama kita hadap PKP dulu, semua bisnes fizikal terpaksa ditutup. Ini termasuklah pusat tuisyen. Ada seorang kawan saya ini pemilik kepada 3 branch pusat tuisyen - semuanya terpaksa ditutup.

Cuba kita imagine, ada 3 cawangan yang bawak masuk puluhan ribuan ringgit setiap bulan, tiba-tiba *snap, hilang macam kena petikan Thanos.

Bila dia datang dekat saya, saya cadangkan untuk dia buat kelas online - atau webinar, dan cuba dapatkan ‘quick cash’.

Memandangkan Cikgu Khairi memang penggubal soalan Sejarah SPM, saya cadang dia fokus bab itu - dia setuju.

Saya susunkan satu simple landing page dekat Onpay, dia blastkan dekat parents yang dah pernah daftar anak ke pusat tuisyennya (ini contoh kolam jugak) dan dalam masa 3 hari, dia pecah RM1,000.

Gila, kan?

Nazurah AR

A few weeks back salah seorang members Next Level Circle ada bincang dengan saya pasal webinar yang dia nak buat.

Naz nak sharekan pasal macam mana dia bina income sebagai freelance copywriter - which I totally love the model of it!

Tapi dia ada problem sikit…bila dia start promote, slow! Jumlah orang daftar sangat rendah dan failed to meet her expectations.

Bila kami tengok balik, rupanya tertinggal aspek saya mention tadi: who the webinar for and what is it about.

Lepas dah ubah, dia start share balik pasalnya dan berjaya capai 54 orang daftar dan buat RM3,026!

Ayen Zahar

Ayen pun salah seorang Next Level Circle members. Sama macam Naz tadi, dia nak buat webinar.

Dia nak fokuskan share cara bina RM1,000 pertama. At first Ayen ini macam awak sekarang ini, skeptikal dan tak percaya boleh jual.

Tapi lepas dia redah and try, 33 orang join webinar dia!

Summary & Final Notice

This is the cheat code untuk awak level up hari ini. Semua ini bukannya saya tarik daripada angin dan hembus-hembus.

It is based on 7 years worth of blood, sweat and tears. Kebanyakkannya sweat lah sebab saya memang jenis kuat berpeluh…haih.

Saya nak dengar cerita kejayaan awak pulak buat webinar awak sendiri - so be sure untuk buat apa saya share ini!

By the way, kalau awak tak tahu atau tak perasan saya ada sebut dekat atas tadi (atau saja buat-buat tak nampak pftt), 26 Mei ini saya akan adakan satu webinar PERCUMA untuk sharekan case study cara saya pecah RM75,363 dalam masa 15 bulan.

Awak boleh daftar di sini: https://sellyourskill.asia/webinar

Jumpa nanti dan see you next week!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready, ini cara saya boleh bantu awak capai RM1,000 pertama dengan digital product awak:

Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM29/bulan dan boleh cancel anytime.

Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.

Reply

or to participate.