- Level Up Weekly
- Posts
- Cara Dapatkan Pelanggan Pertama Untuk Skill Awak Tanpa Buat Orang Rasa Menyampah
Cara Dapatkan Pelanggan Pertama Untuk Skill Awak Tanpa Buat Orang Rasa Menyampah
Satu kaedah menjual yang sebenarnya...tak menjual
6 years ago masa saya mula menjual skill saya, saya ingatkan yang semuanya simple dan senang.
Bila tengok tutorial dekat YouTube on how to get customers, it looked soooo easyyy.
Tapi rupanya, it is wayy too difficult.
Tapi apa yang susah sebenarnya.
Kalau nak ikutkan, tak salah pun kita nak jual skill kita.
Tapi ada satu benda yang running around our minds rent free.
This one thought.
Macam mana kalau aku kena kecam?
Kalau awak macam saya, mungkin awak pernah lalui satu fasa yang mana awak rasa nak jual something tapi awak takut orang rasa benci & menyampah.
Tak kisahlah nak jual skill or even as simple as sharing a post from a friend yang menjual sesuatu.
Saya faham sangat situasi ini and you’re not alone.
Dalam Framework 5S untuk menjual skill, ada satu S yang cover specifically tentang menjual. Cuma bila saya survey, ramai yang masih hadapi masalah untuk actually start to sell their skill.
Bukan takut skill itu tak bagus. Bukan takut tak ada demand.
Tapi takut apa orang akan cakap bila kita mula ‘menjual’.
Jadi hari ini saya nak bantu awak keluar daripada kotak kebelengguan itu. This will help you tremendously, macam mana ia dah bantu saya.
Dan as always, ia sangat simple, cuma ada 3 steps saja.
1. The Survey
The first step yang kita kena buat ialah survey. Tujuan kita is to understand what problems our market has.
Kalau kita menjual dengan tujuan nak bantu selesaikan masalah, orang yang nampak offer kita tak akan rasa macam dia tengah ‘dijual’.
There’s 3 ways I do this:
Buat survey dekat social media
Kaji dekat group-group
Search dekat Google
An example:
Don’t over complicate this process. Be very transparent. Terus tanya saja apa masalah orang hadapi.
Boleh jugak kalau nak tanya dalam bentuk demand testing.
Kita buat satu posting yang tanyakan sama ada orang nak kan sekian sekian ataupun tak.
Sebagai contoh:
Cara Tuan Syahmi buat ini sangat spot on dan orang tak rasa macam ‘dijual’. It is as if dia nak bantu selesaikan masalah.
Point penting dekat sini, tahu apa masalah kita nak selesaikan.
2. Kolamize
Selepas kita dah tahu apa masalah orang atau ada tak demand untuk offer kita nak buat, what’s the next step?
Kolamize.
Banyak kali dengar saya cakap pasal kolamize, kan? That should give you an idea of betapa pentingnya kita buat benda ini.
Kita kena ada kolam kita sendiri. Selling to everyone is like hoping for winter in Malaysia. Sesuatu yang mustahil dan susah berlaku.
Kolamkan dekat mana-mana yang awak sendiri selesa. Recommendation saya ialah WhatsApp group.
Contoh dari Tuan Syahmi lagi sekali:
Ingat, jangan jadi superstar to all the people, be the superstar to your people.
Akan ada orang yang mungkin tak suka cara kita. Abaikan!
Mereka bukan audience kita nak.
Just be you. Let people want to learn from you, get your services BECAUSE OF YOU.
You might be too much for some people. Those are not your people.
3. The Offer
Last and final step is to deliver the offer.
Bila awak dah buat survey untuk faham masalah atau buat demand testing, awak dah jugak kolamizekan audiece awak, sekarang dengan sangat konfiden awak boleh launchkan offer awak.
Tak kisahlah ebook awak ke, kelas awak ke or even your service. It works for everything!
Sekarang kita tengok result pulak dari effort Tuan Syahmi tadi:
Paling best bila kita gunakan process ini, kita tak perlu kerja keras.
Tahu masalah atau deman? ✅
Kolamizekan audience? ✅
Offerkan something yang dah pasti mereka nak? ✅
Your job here is done.
Summary & Final Notice
Mungkin awak tertanya-tanya yang sebenarnya betul ke it works?
It does. How am I so sure?
Sebab saya sendiri gunakan untuk both of my book launches. Kedua-duanya result in 5 figures in 24 hours.
Ada tengok Alex Hormozi launch buku dia baru-baru ini?
Perasan tak dia sebenarnya buat benda yang sama?
Dia buat teasers tentang buku dia (Which is also a form of survey for demand)
Dia kolamizekan orang ramai (Masuk ke email dan kemudian Zoom)
Dia deliverkan offer yang memang orang dah nak (Sangat gila offer dia ya!)
Anyone can do this. Tinggal awak nak start saja.
If you have any problems, reply saja dekat sini and I’ll my best to serve you.
See you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:
Buku Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Hampir 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.
The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.
Reply