Cara Untuk Identify Demand Skill Awak Dengan Survey

Step-by-step proses untuk awak terus buat hari ini

Awak dan keluarga otw ke Pavillion.

Tengah-tengah berjalan dengan family, ada seorang abang ini datang dekat awak dan stops you in your track.

“Bang, saya dari XYZ. Nak buat survey sikit boleh?”

At first awak macam agak malas untuk isikan agak confuse on the reason for the survey (like most of us are). Tapi sebab awak kesiankan abang tadi yang nampak berpeluh-peluh, penat kesana kesini…awak pun ambil lah masa dalam 5-10 minit untuk isikan borang survey tadi.

And then both parted ways untuk buat hal masing-masing.

Sampai dekat rumah, you start to question why people do surveys.

And hari ini, saya nak explainkan kenapa AWAK sendiri perlu buat survey for your skill. Of course, kita akan ada 2-3 examples daripada kawan-kawan kita dalam komuniti #SkillSeller.

Why A Survey Is Important

Contoh yang saya berikan tadi actually just one of many examples of surveys being done. Ada banyak lagi contoh-contoh lain.

Salah satunya ialah Banci Penduduk & Perumahan.

Kita tahu ramai orang dan banyak tempat yang implementkan survey - tapi kita tak pasti kenapa mereka buat.

Saya boleh senaraikan beberapa sebab kenapa survey itu dibuat.

Tapi to simplify everything and to save your time, saya kategorikan semua reasoning to why we do surveys into one:

Get Feedbacks.

Banci dibuat untuk dapatkan feedback tentang pertambahan atau pengurangan penduduk isi rumah.

Bisnes-bisnes buat survey untuk dapatkan feedback tentang kepuasan pelanggan terhadap bisnes mereka.

Apa sekalipun survey kita buat, semuanya bertujuan untuk dapatkan feedback.

Feedback ini sangat-sangat penting even for us #SkillSeller. In our case, kita nak dapatkan feedback directly tentang skill yang kita nak tawarkan. Tak kisahlah dalam bentuk kelas ke, ebook ke, servis ke atau sebagainya.

It also reduces risk in wasting time & energy.

Bila kita buat survey tapi feedback tak memuaskan, kita boleh jimatkan masa & tenaga by not having to do the thing.

Cumanya ada satu benda penting lagi kita perlu pertimbangkan:

The people who see that survey.

Saya berikan 2 situasi:

Situasi A:

Awak create satu survey tentang upcoming weekly sessions yang awak nak buat. Lepas itu awak blastkan ke dalam group kolam yang awak dah kumpul sebelum ini.

Selepas beberapa jam atau beberapa hari, kalaulah responnya tak berapa bagus, it is better NOT to do the weekly sessions.

Why? Kalaulah orang yang memang dah kenal kita dan tahu pasal skill or even pernah buy something from us related to our skill - berikan respon kurang bagus tentang survey kita, it is a good idea not to proceed.

Of course kita kena faktorkan tentang masa, cara penyampaian dan sebagainya.

But to simplify things, it is better not to do it if YOUR PEOPLE says no.

Situasi B:

Awak create satu survey tentang upcoming weekly sessions yang awak nak buat. Lepas itu awak blastkan ke personal social media awak yang awak tak pernah ceritakan apa-apa pasal skill awak.

Selepas beberapa jam atau beberapa hari, awak tak dapat sebarang respons.

In this case, you CAN still proceed with your idea.

Kalau kita ingat balik situasi awak dengan abang yang berpeluh-peluh dekat Pavillion tadi, awak sendiri agak hesitant untuk fill in the form at first.

Why? There isn’t any trust yet.

Hence kalau awak buat survey dekat satu tempat yang terbuka yang dipenuhi dengan kawan-kawan, bos, ahli keluarga, it makes sense yang survey itu akan tak menjadi.

Okay sekarang awak dah jelas dengan kenapa kita buat survey.

Let’s talk about HOW to actually do it.

How To Create Your Own Survey

Prosesnya sebenarnyat sangat simple. Habis saja baca posting ini, awak boleh terus pergi buat.

Saya akan share the simplest form of doing a survey. Annnnddd, saya akan share a few examples of people doing surveys directly from their social media. Tak ada kolam lagi tapi kolam memberansangkan.

In fact, survey itu sendiri akan jadi satu method untuk kumpulkan kolam awak.

Okay to create a socmed-based survey, awak kena tuliskan 3 benda dalam survey awak:

The What

Awak kena beritahu dengan jelas apa yang awak nak buat.

Awak nak buat kelas? Tuliskan.

Awak nak buat ebook? Tuliskan.

Whatever you plan on doing, WRITE. IT. OUT.

Minggu lepas saya ada share tentang kegagalan saya. The biggest reason of that failure is not being clear with my writing.

Contoh jelas vs tak jelas:

Jelas: Saya nak buat satu group untuk saya sharekan tips-tips 5 minute makeup.

Tak Jelas: Saya ada buat satu group ini. Ada yang nak join?

Ingat, kita nak tarik those yang berminat dengan skill kita saja. Sell to those that want it.

The Why

Setiap sesuatu yang kita tulis, orang akan persoalkan kenapa kita tulis benda itu.

Jadi why not dari awal-awal kita tuliskan siap-siap the reason?

Again, pastikan awak tuliskan dengan sejelas-jelasnya sebab awak nak buat apa awak nak buat itu.

Kalau orang faham the reason behind it, they’ll support it.

The Who

We don’t need every person, we just need the right person.

Itu satu quote yang saya sentiasa pegang sampai bila-bila.

You can’t sell ice to Eskimos. Unless ice itu sama ada cheese atau ada perkataan ‘viral’ hahaha!

Kita nak panggil orang-orang yang perlukan skill kita saja. Jangan fikir tentang nak big, think about the $$$. Going big doesn’t equal $$$.

Now 3W ini interchangeable - boleh ditukar-tukar positionnya.

Tak kisah sangat as long as awak ada ketiga-tiganya.

Contoh-contoh Survey

Now that you know how to do it, let’s look at some examples shall we.

Contoh #1: Cik Puan Eibah Saebah

Cik Puan Eibah merupakan seorang ghostwriter dan penulis buku. Dia nak buat kelas menulis tapi tak yakin ada orang nak join ke tak.

Apa saya mintak dia buat? Survey of course!

  • Who: Orang yang nak belajar menulis

  • What: Group FB atau WhatsApp

  • Why: Nak bina aset sendiri

Sekarang dia dah ada keyakinan sebab dah tahu ada demand untuk group dia nak buat. Kolam dia dah tersedia, tinggal nak berikan umpan.

Contoh #2: Tuan Syahmi Ibrahim

Tuan Syahmi ada skill UI/UX. Banyak kali saya gunakan dia sebagai contoh sebab he is the perfect example of:

  • Tak percaya skill boleh monetize luar daripada tempat kerja

  • Tak yakin ada orang sanggup bayar untuk join kelas dia

  • What: Kelas Asas Figma

  • Who: 3 yang dia senaraikan itu

  • Why: Bagi confident untuk mula guna Figma

Hasil daripada survey ini? 70 orang join kelas dia dengan yuran RM49 & RM59. RM4K lebih kurang daripada kelas berbayar pertama dia buat.

Semuanya sebab dia buat survey.

Contoh #3: Paeh Brian

Eh macam kenal nama 😆 .

If I don’t show you what I do, how can you believe me, kan?

I do what I preach.

  • What: Monthly/Weekly Google Meet sessions

  • Why: The list saya tuliskan

  • Who: Hotseaters

At first cuma idea yang saya ada - tapi bila ramai yang cakap membantu, of course saya akan buat.

Summary & Final Notice

Sekarang awak dah tahu kenapa perlu buat survey, dah tahu cara nak buat survey dan dah tengok beberapa contoh orang buat survey.

What’s next? Eh apa lagi, pergi lah buat your own survey!

This will give you a HUGE confidence booster. Barulah awak akan sedar yang sebenarnya, ada orang nakkan skill awak itu - walaupun awak rasa skill awak cikai dan tak boleh dijual.

Before we part ways, ada berita baik saya nak kongsikan:

Kita akan bersemuka nanti!

24/9 kita akan buat satu event fizikal. Ish saya tak tahu nak cakap mana perasaan saya. Dup dap, dup dap. Risau dan seronok all at once.

Yuran untuk event ini agak keras, RM297. Tapi kalau awak pre-register hari ini, awak akan dapat diskaun RM100 bila kita buka untuk registration tak lama lagi.

Segala details ADA DEKAT SINI.

Ada dua guest speaker saya tengah pujuk. The first one is a master in funnel (saya tak akan sebut nama dia 😆 ) dan keduanya ialah seorang 6-figure solopreneur & freelancer (pun saya tak akan sebut nama dia).

We’re going to have loads of fun there!

Okay apa-apa pun, I’ll see you next week (and hopefully dekat #SkillSeller Summit jugak)!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:

  1. Buku Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Lebih 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.

  2. The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.

Reply

or to participate.