Cara Untuk Bina Tribe Sendiri

Ini Rahsia Kepada Financial Freedom

The money is in the list.

Saya ingat lagi lebih kurang 5 tahun lepas, saya terbaca ayat ini dekat blog mana tah.

Saya terfikir lah, “Kalau betul lah senang, mesti semua orang dah kaya?”

Tapi rupanya saya terlupa satu faktor. Faktor yang sangat penting. Implementation.

Kita boleh bagi semua tools kita ada dekat orang, tapi kalau dia memang tak ada niat nak buat, dia tak akan buat.

Jadi saya harap, bila saya reveal cara untuk bina tribe, awak akan implement dan buka sekadar baca, lepas itu buka Instagram tengok Hey what’s up guys~. Kalau nak tengok yang itu, petang sikit okay lah 😂

Apa Maksud ‘List’?

Mungkin ini kali pertama anda dengar tentang ‘list’ dan rasa agak confuse. Jangan risau, saya simplifykan.

List ialah orang-orang yang kenal anda siapa dan tahu apa anda buat.

Haa simple kan?

Tapi kenapa dalam title, saya letak ‘tribe’ dan bukan ‘list’?

Saya ada satu pendapat. Pendapat yang mungkin tak ramai orang setuju.

Bagi saya, tribe ialah orang-orang yang akan ikut apa cakap kita. Dalam kes awak dan saya, dia akan beli skill kita.

List pulak, orang itu mungkin cuma kenal dan tahu apa kita buat, tapi sikit pun dia tak heran pasal skill kita.

Makes sense tak?

Senang cerita, kita bukan saja nak bina list, tapi nak bina tribe kita.

Cara Bina Tribe Sendiri

Simple. Gunakan opt in funnel.

Opt in funnel atau lead magnet funnel ialah proses yang mana kita bagi something for free dekat strangers dengan pulangan details dia sebagai gantian.

Layout dia ialah:

Opt In Page » Thank You Page

Awak boleh guna apa saja software dekat luar sana. Wordpress, Clickfunnels, Kuasa io, Shoppegram, Ordersini.

Tak kisah apa pun, yang penting boleh buat funnel macam ini.

Kelebihan Bina Tribe Sendiri

Dalam hidup kita ini, kita dilemparkan dengan pelbagai pilihan dan peluang.

Antara benda pertama yang kita fikirkan bila diberi pilihan & peluang ialah…

What’s in it for me?

Atau bahasa kita, aku dapat apa kalau aku buat?

Dan realistically speaking, mestilah kita nak tahu apa kelebihan kita buat sesuatu itu.

Antara kelebihan bina tribe sendiri;

  • Jimatkan kos - Sampai satu masa, kita tak perlu lagi dah belanja untuk iklan

  • Kurangkan penat - Kita bercakap dengan orang yang perlukan skill kita dan bukan random people on the Internet semata-mata

  • Jual berulang kali - Mungkin awak nak start dengan SKaaS dan lepas itu nak jual pulak info products. Ada tribe, akan memudahkan semuanya

Summary & Final Notice

Binlah tribe awak.

Start small. Start now. Sampai satu masa nanti, awak akan teringat balik post saya hari ini dan awak akan akan fikir, “Nasib baik aku dengar cakap Paeh Brian”

Awak boleh start dengan posting di FB Group dan mana-mana platform awak suka untuk dapatkan members baru dalam list awak.

Tapi saya cadangkan, buatlah ads walaupun dengan RM5 sehari. Sebab it will become scalable with paid advertising.

Lastly, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa! Moga Ramadan kali ini terbaik buat kita semua.

Maaf jugak minggu lepas tak ada sebarang post, saya kena keracunan makanan, memang out terus!

Okay jumpa minggu depan!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Reply

or to participate.