Cara Untuk Buat Duit Dengan 'Ilmu Tempat Kerja'

Ini cara terbaik untuk 9-5ers buat duit

Kebanyakkan orang yang follow saya sebenarnya ada kerja hakiki. Sama ada 8-5, 9-6 dan macam-macam lagi.

Saya boleh relate dengan most problem you would have - saya pun ada kerja hakiki sendiri.

Jadi hari ini saya nak sharekan cara macam mana awak boleh tukarkan apa awak tahu atau gunakan dekat tempat kerja untuk buat duit.

Awak boleh copy paste dan gunakannya dalam masa 30 hari.

Kemungkinan besar awak boleh buat RM500-RM1,000 kalau awak buat dengan betul.

Pilih satu benda untuk fokus

Kita ada banyak benda yang kita buat dekat tempat kerja kita:

  • Computer Skill

  • Communication

  • Time Management

  • Decision Making

  • Planning

Dalam setiap satu benda ini, ada pula cabangnya. Contoh untuk computer skill, kita gunakan Microsoft Excel.

Apa kita boleh buat ialah pilih cabang kecil itu dan fokus untuk berkongsi pasalnya dekat orang ramai - particularly on social media.

Saya ada satu nasihat nak berikan dekat sini.

Cadangan saya, apa saja yang awak nak pilih, pastikan awak:

  • Ada at least sedikit minat terhadapnya

  • Ada at least sedikit ilmu tentangnya

Tujuannya sangat simple.

Kita nak pastikan awak boleh kekal konsisten dan boleh kekal berkongsi.

Catatkan apa masalah benda itu selesaikan

Betul ataupun tak yang segala sesuatu kita buat, mesti ada sebabnya.

Untuk skill yang awak pilih tadi, mesti ada sebab kenapa awak gunakannya dekat tempat kerja awak, kan?

Kalau contoh Microsoft Excel tadi, kita gunakan untuk selesaikan masalah data berterabur bila buat manual.

Jelas dan terang lagi di-lampukan.

Dekat sini awak perlu faham satu perkara: bukan awak seorang yang ada masalah itu.

Saya ingat lagi masa saya pergi melawat sekolah lama saya beberapa tahun lepas, saya nampak cikgu-cikgu serabut dengan penggunaan Microsoft Excel.

Kalau diikutkan, cikgu-cikgu memang gunakan tool itu sejak dulu, kan?

Tapi bila tool pun sentiasa berubah, mereka tak sempat nak follow. And that my friend, is where YOU come in.

Bina satu personal brand

Dekat sini ramai yang akan kecut perut bila saya cakap kena bina personal brand.

Saya nak tanya awak, kalau awak nak belajar Microsoft Excel, awak nak belajar dengan:

A. Someone yang hari-hari bercakap pasal Microsoft Excel

atau

B. Someone yang hari ini cakap pasal Microsoft Excel, esok cakap pasal gym

Jawapan 99% ialah A.

Basically itulah yang kita panggil sebagai ‘personal brand’ - seseorang yang bercakap pasal satu benda untuk selama mungkin.

Tak percaya? Pernah ke Khairul Aming cakap pasal cara nak memancing?

Okay mungkin saya yang tak tahu, tapi seingat saya tak pernah. Sikap konsisten itulah yang buatkan orang nak dengar cakap kita.

Summary & Final Notice

Kalau awak buat 3 benda ini, saya yakin awak akan start buat duit tak lama lagi.

Of course ada banyak benda lagi yang kita perlu buat, tapi kita kena faham yang cukup lah kita start dulu dengan langkah-langkah ini.

Step by step kita buat, progress is better than perfection.

Apa-apa pun, see you next week!

Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:

Buku Sell Your Ebook: Panduan lengkap A-Z yang akan kongsikan cara sesiapapun boleh tulis, lancar & jual ebook sendiri untuk buat 4 angka dalam masa 30 hari akan datang dengan hanya 4 langkah mudah.

Skill Monetization Blueprint: PDF percuma ini akan tunjukkan jalan pada awak untuk mula menjual skill dengan mengenalpasti mana satu skill yang awak ada dan awak boleh tukarkan kepada duit.

#SkillSeller Inner Circle: Tempat dimana penjual skill berkumpul untuk sama-sama saling membantu dan memastikan semua orang dapat rasakan nikmat menjual skill - income & impact.

Reply

or to participate.