• Level Up Weekly
  • Posts
  • Cara Untuk GAGAL Dengan Jayanya? Being Clever and Not Clear.

Cara Untuk GAGAL Dengan Jayanya? Being Clever and Not Clear.

Belajarlah daripada kesilapan besar saya pernah buat ini

November 2021 (Tarikh pelancaran sebenar saya tak ingat sangat), hari pelancaran Ecommerce Mastermind oleh Golden Trio.

Satu fizikal event yang merupakan follow up kepada event yang kami baru selesai buat sebulan sebelumnya - Ecom Bootcamp 2021.

“Ramai bagi feedback bagus, mesti ramai akan join mastermind fizikal nanti!”

Itu apa yang kami percaya and it made a lot of sense to believe that.

We got to work. Selama sebulan kami merancang dan mula buat teaser untuk program kami itu.

Alhamdulillah, kami dapat 100 lebih orang untuk join group waiting list. Thinks were looking good so far.

Bila ada orang join ‘kolam’, basically ada demand pada offer yang kita nak buat.

That holds true. Tapi apa yang berlaku seterusnya mungkin ramai tak sangkakan…

Pada hari pelancaran, we opened for registration…and…we waited.

Pelik, tak ada notification daripada partner saya Ijmal tentang berapa ramai yang dah join. Sebelum-sebelum ini kalau buat pendaftaran macam ini, mesti dia akan WhatsApp saya dan roger berapa ramai dah join.

I got curious. But mostly, I was scared…

“What if tak ada orang join event? 😨

That thought kept running around my head. Memang duduk tak tenteram.

Jadi saya pun decide untuk PM Ijmal dan tanya soalan keramat. Soalan yang saya sebenarnya tak nak tanya, but the curiosity was killing me from within…

…”Weh berapa orang dah yang join?”

Saya pun nantikan dia reply. Saya tak ingat berapa lama saya kena tunggu tapi for the sake of a good story - saya tunggu hampir 10 minit…

*Ping! Notification masuk daripada Ijmal.

“Takdak weh…”

WHAAATTT!? My heart shattered…

…Why? Apa salah aku? Apa salah keturunan aku? Ini mesti ada Melayu dengki, pergi jumpa bomoh, aku kena buat sesuatu ini. (FYI this is a reference from Luqman Podolski, boleh Google hahaha!)

Kemudian saya start nak fahamkan, kenapa tak ada orang daftar? Masa event online hari itu ramai je yang join?

And then it clicked. Ibarat macam kita lupa apa password untuk phone lama kita, tiba-tiba kita teringat dan berjaya login.

That’s the thing. Event kami hari itu ONLINE dan mastermind yang kami nak buat OFFLINE. Apa bezanya?

  • Costing

  • Urgency

  • Place

Kenapa saya boldkan perkataan ‘place’? Sebab saya teringat yang selama kami buat kempen untuk war-warkan tentang mastermind kami, kami tak mention tentang tempat.

And bila tiba beberapa hari sebelum dan hari launch saja kami mention yang event akan dibuat di Sungai Petani.

Now saya memang Sungai Petani born and bred, memang saya cintakan kampung halaman saya…but…let’s be real, kalau the ONLY reason orang nak datang ke event kita untuk dengar kita bercakap, it might not be a strong enough reason lagi

Maksud saya macam ini. Kalau awak pernah bekerja 9-5 atau masih bekerja 9-5 (I love you for doing so), mesti at least sekali awak pernah dihantar outstation. Now jujur dengan saya, tempat yang awak suka dihantar untuk outstation, dekat mana?

Obviously tempat yang ada banyak tempat untuk sightseeing atau bersiar-siar. That is the SAME reason kenapa orang tak daftar ke mastermind kami.

It is not just about the place. Tapi something more than that. Kami tak berjaya menyampaikan dekat orang tentang tempat kami akan buat event itu.

Simply put…

We were not clear with our message”

Itu sebenarnya kesilapan terbesar kami. It was not really about the place. Tapi sebab kami tak berjaya sampaikan mesej dengan jelas yang kami akan buat di Sungai Petani, orang tak bersedia.

Dia ibarat kalau kita nak berkahwin dengan seseorang, kita tak bagi mesej dengan jelas dekat dia yang kita nak berkahwin dengan dia bulan depan…

…Tup tup seminggu sebelum majlis, baru kita nak bagitahu. Dia tak ready dan mungkin saja dia tolak.

Okay maybe that was a bad example but you get the picture, right?

We thought we were being clever.

Takpelah kita hidekan dulu, macam teaser lah kan. Nanti bila dah dekat-dekat, baru kita reveal. Kan nice?

Ideanya bunyi macam bagus. But here’s the thing, always consider who your audience is

Kami terlambat sedar yang most of our audience was from Selangor, Johor & Pantai Timur.

Untuk mereka hadir ke event, they had to make a lot of arrangements. Hence bila kena hadir jauh tapi tak tahu dari awal, they didn’t register.

Plus bila difikirkan balik, kenapa kita nak jadi clever and not clear?

Selalunya bila kita nak jadi clever, the process becomes overcomplicated. Semuanya jadi susah belaka.

Kita patut amalkan konsep K.I.S.S.

Keep It Simple, Stupid

Pastikan semuanya jelas. Pastikan semuanya simple. Tak perlu kita nak complicatekan banyak benda.

Always keep it simple. Contoh? Kalau kita nak baru nak start jual ebook kita and kita rasa macam susah untuk buat both landing page dan payment gateway, then keep it simple!

Mana satu yang actually more important? Most likely the payment gateway. Then, fokus saja untuk buat payment gateway - yang sebenarnya ada form!

This is super underrated, which is why saya nak sharekan dengan awak pagi ini. I don’t mind sharing my losses. I know awak boleh belajar banyak benda from it.

Don’t make the same mistake my team and I made…

Apa saja awak nak launch, your ebook, your course, your workshop, apa saja pun, pastikan awak convey your message clear.

Tak perlu nak selindung-selindung details.

I think sebab itulah saya punya launch untuk buku Sell Your Skill was successful and made me 5 figures. Saya jelas dan transparent dari awal.

Maybe you can use this format untuk setiap mesej atau content awak:

  • Apa aku akan launch? Book

  • Bila aku akan launch? 8/9/2023 (This is actually a hint hehe)

  • Kenapa aku launch? Supaya orang akan tahu cara nak start jual skill

  • Apa aku akan bagi tambahan semasa launch? ABC dengan XYZ

Insya-Allah, mesej awak akan clear.

So here’s the TLDR version;

  1. Pastikan mesej awak jelas

  2. Pastikan mesej awak jelas

  3. Pastikan mesej awak jelas

  4. Pastikan mesej awak jelas

  5. Pastikan mesej awak jelas

Hopefully you get the picture…

Summary & Final Notice

Kenapa saya ceritakan kegagalan saya ini?

Ingat, my aim is to help you. Jay-Z once said:

You learn more in failure than you ever do success

Jay-Z

Tak kisahlah failure kita sendiri ataupun someone else’s. Kegagalan mengajar kita sesuatu.

Dan of course, kita tak pernah sesekali gagal pun.

If you succeed, you’ll get income and impact. If you fail, you’ll get experience and expertise. You never truly lose - Paeh Brian.

Hopefully kisah ini memberikan banyak tauladan dekat awak.

See you next week!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

p.s 30/8 jam 9.00 malam, saya akan adakan satu FREE webinar untuk berikan perkongsian percuma dekat awak + saya nak sharekan tentang event terbaru saya akan buat secara fizikal 24/9 nanti di Shah Alam. Awak boleh JOIN DEKAT SINI.

p.p.s Perasan tak saya letak mesej dengan jelas? Hehehe~

Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:

  1. Buku Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Hampir 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.

  2. The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.

Reply

or to participate.