• Level Up Weekly
  • Posts
  • Cara Untuk Kurangkan Masa Kerja Tapi Buat Lebih Banyak Duit

Cara Untuk Kurangkan Masa Kerja Tapi Buat Lebih Banyak Duit

Bila sebut tentang nak buat duit online, rasa macam banyak benda yang nak kena buat.

In reality, that’s not true.

Let’s face it, kita ini sebenarnya sentiasa busy.

  • Keluarga

  • Hobi

  • Kerja

  • Kawan

Rasa macam 24/7 itu tak cukup. Mana nak ada masa nak buat duit online dengan skill kita…

Thankfully, kita hidup di zaman moden. Semua benda kita boleh mudahkan - termasuklah menjual skill kita.

Mungkin awak ada persepsi yang the more you work, the more you earn.

Dulu-dulu mungkin betul. Tapi zaman sekarang, semuanya dah terbalik.

The less we work, the more we can earn.

Tak semestinya dari segi duit - tapi jugak masa kita.

Hari ini saya nak share a few things yang akan bantu achieve benda itu.

The E&E Principle

Dunia sekarang ini semuanya tentang produktiviti. Ada dua benda yang kita kena ingat tentang produktiviti. Saya petik kata-kata Peter Drucker:

Efficiency is doing things right. Effectiveness is doing the right thing

Peter Drucker
  • Efficiency: Cara kita buat satu-satu benda

  • Effectiveness: Benda apakah yang kita buat

Bayangkan yang awak nak kemas rumah untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Awak boleh mop lantai, buang sawang dan cuci tandas - semuanya dengan cermat (efficiency).

Tapi, awak still mungkin nampak rumah masih semak. Puncanya awak tak pergi kepada root cause - almari berselerak dan mainan anak merata tempat (effectiveness).

Kalau awak gabungkan kedua-duanya, awak akan kurangkan masa awak bekerja dan buat lebih banyak duit.

Sebab benda ini mematuhi Pareto’s Principle - 80/20 rule.

Rule ini sangat mudah: 80% hasil datang daripada 20% usaha. Tapi usaha itu mestilah kita buat benda yang betul dan cara yang betul.

Nampak tak dekat situ? Part ini sangat penting sebab in order for you to the next part, awak kena faham dulu part ini.

Ready to move on? Let’s go.

How To Save Time and Earn More

Ada 3 cara saya buat sekarang ini:

Outsourcing

Sejak a few weeks ago, saya upload 1 video 1 hari ke TikTok, Facebook & IG Reels dan YouTube Shorts.

Mula-mula memang seronok - tapi makin lama makin penat. Bangun pagi dah stress fikir nak edit video.

Then saya reach out to my friend Aiman who is an excellent video editor.

Saya deal dengan dia untuk cuba dapatkan 1 short form content sehari.

Kualiti video naik. Masa bebas saya lebih. Benda lain dapat siap.

Automating

Awak ingat tak saya pernah cerita macam mana saya pernah ada 15 klien sebulan tapi lepas itu saya stop semuanya?

The reason being saya tak ada systems yang boleh bantu saya automatekan proses.

  • Reply klien

  • Monitor iklan

  • Handle meeting

  • Proses pembayaran

Semuanya manual. Darab berkali-kali seminggu dan darab 15 klien.

Antara benda paling senang awak boleh automatekan ialah proses pembayaran.

Buat satu simple website guna Canva dan buat payment link dengan ToyyibPay. Tak payah lagi nak reply WhatsApp satu satu.

Simplifying

Dengan memudahkan cara kita buat something, kita boleh jimatkan masa kita.

Boleh kata setiap hari akan ada tool AI yang baru.

Kita kena jadi bijak dan capitalize on it. Gunakan apa saja yang dapat tolong kita.

Dalam kes saya, saya guna Gemini untuk bantu generate ideas.

Letak prompt simple macam ini:

It took me like 1 minute. Sekarang saya dah ada idea nak tweet apa hari ini.

Benda ini ibarat kita ada mesin yang baru diletakkan minyak - bergerak laju!

Summary & Final Notice

Kalau awak jenis skip terus ke bawah, here’s the TL;DR:

TL;DR

  • Fahamkan pentingnya efficiency & effectiveness

  • Rujuk Pareto’s Principle untuk gunakan e&e

  • 2 cara untuk kita jimatkan masa kita:

    • Outsourcing - Bayar orang

    • Automating - Apply tools

    • Simplifying - Gunakan AI

Gunakan semua benda ini dan mustahil awak tak jimatkan masa. At least awak akan rasa perubahan walaupun sikit.

On a side note, saya tengah test format baru. Lebih simple, straightforward dan concise.

Tell me what you think! Oh dan saya tengah run satu 30 day challenge dekat whatsapp group ini secara percuma.

Apa-apa pun jumpa next week!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready, here’s some resources untuk bantu awak capai RM10,000 pertama dengan skill awak:

PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.

Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.

#SkillSeller Inner Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat income.

Reply

or to participate.