• Level Up Weekly
  • Posts
  • Exact Blueprint Saya Guna Untuk Buat RM58,542.35 Dari Mei-Dis 2023

Exact Blueprint Saya Guna Untuk Buat RM58,542.35 Dari Mei-Dis 2023

Walaupun saya start daripada kosong

Saya nak buat posting hari ini dengan satu soalan:

“Kalau awak boleh buat 5 angka sebulan, adakah hidup awak akan berubah?”

Kalau jawapan awak YA, then you’re in luck sebab itu fokus saya untuk hari ini.

Mungkin awak tak ingat tapi sebelum saya fokus dengan menjual skill saya, macam-macam yang saya dah cuba untuk buat duit.

In fact, I’ve tasted the sweet sweet sweet tastiness of making 6 figure a year walaupun masa itu masih dekat uni lagi. Saya tak bercakap ini untuk riak atau ujub tapi untuk yakinkan awak yang kalau saya boleh, awak 3x lagi boleh.

Untuk buat 5 angka sebulan sebenarnya sangat achievable. Cumanya, ia tak senang, ia tak susah, tapi ia doable and achievable. Siapa buat, dia dapat.

Baik enough chit chat, let’s get into the nitty gritty.

The Exact Gameplan I Used

For the past 7 years, saya gunakan strategi yang sama saja untuk buat 5 angka sebulan. Sejujurnya memang ada bulan yang saya terciduk sebab saya agak malas untuk bulan itu.

There I said it. Kadang-kadang saya pun malas tapi the only reason I can afford to do so sebab saya dah pun penat ‘bekerja’ bulan-bulan lain. Some people haven’t done anything and dah pun claim ‘saya dah cuba macam-macam’.

Okay kita nak tengok sikit the overview of the blueprint sebelum kita masuk kepada setiap satu aspek:

  • Front-end: Ebook/Webinar - RM7-RM97

  • Upsell #1: Course/Training - RM97-RM197

  • Upsell #2: Inner Circle - RM197/year-RM497/year

  • Upsell #3: Coaching & Consultation - RM3,000

Jangan risau, saya akan pergi ke setiap aspek dengan lebih terperinci.

Front-End

Bahagian front-end ini basically ialah tawaran pertama yang kita berikan dekat audience kita.

It’s kinda like dating and this is the first date yang mana kita akan kenal hati budi seseorang itu.

Untuk FE ini, awak kena pilih SATU masalah yang spesifik daripada SATU audience yang spesifik.

Contoh:

  • Audience: Ibu yang baru lepas mengandung

  • Masalah: Berat badan naik lepas mengandung

Saya recommend untuk cari masalah yang awak sendiri pernah hadapi, senang untuk awak hasilkan solusinya.

Dua tiga hari ini ramai yang datang dm saya dan tunjukkan tawaran mereka ada. Bila saya tengok, memang masalah besar dekat sinilah which is not understanding who the audience is and what problem they are trying to solve.

Imagine yang kalau aircond rumah awak rosak dan awak pergi kepada tukang repair, tapi dia cakap dia kena betulkan pagar pintu rumah awak.

Agak-agak awak akan bayar dia atau tak? Of course lah tak!

Berbalik kepada FE tadi, awak kena hasilkan satu solusi kepada masalah tadi, sama ada dalam bentuk ebook atau webinar.

Sejujurnya saya sangat recommend ebook and here’s 3 reasons why:

  • Orang dah biasa dengan membaca ebook

  • Ebook akan naikkan kredibiliti & trust

  • Senang untuk buat dan boleh jual unlimited times

Listkan segala steps awak buat untuk selesaikan masalah itu dan voila! Ebook awak dah pun siap.

Upsell #1

Upsell pertama kita berikan ialah masalah seterusnya yang audience awak hadapi.

Katakanlah rambut awak tengah panjang dan kusut, rasa panas dan tak selesa. Awak pergi ke barber shop untuk potong. Lepas dah potong, barber itu offerkan untuk trim janggut awak sekali.

Bila tengok dalam cermin, memang nampak janggut awak pun dah berserabai.

Will you pay him the extra money untuk trim janggut awak? Absolutely 100%.

Why? Sebab dia selesaikan masalah seterusnya yang awak ada which is janggut dah panjang sampai tercicah kuah laksa.

Kalau kita gunakan contoh sama tadi:

  • Audience: Ibu yang baru lepas mengandung

  • Masalah #1: Berat badan naik lepas mengandung

  • Masalah #2: Selalu stres dengan bayi baru lahir

Masalah kedua ini, kita akan berikan satu tawaran lain yang akan menjadi solusinya.

Awak boleh hasilkan sama ada course or training videos. Macam tadi jugak, senaraikan all the steps that you did.

Upsell #2

Sama macam yang tadi, this is the part where kita berikan something else to solve another problem.

Kita sambung contoh tadi:

  • Audience: Ibu yang baru lepas mengandung

  • Masalah #1: Berat badan naik lepas mengandung

  • Masalah #2: Selalu stres dengan bayi baru lahir

  • Masalah #3: Imej terjejas sebab tak ada masa untuk self care

Untuk masalah yang ketiga ini, saya recommend untuk wujudkan some sort of community. Like for me, saya create satu inner circle yang mana memang kita berikan support kepada setiap soalan.

In the example above, self-care perlukan jangka masa yang panjang, kan? Jadi why not kita lock our audience to a monthly or yearly payment?

“oh ada ke orang nak bayar saya? kalau orang tak subscribe macam mana?”

Dia dah bayar awak untuk all the other things, what makes you say dia tak akan bayar untuk benda itu?

Kalau dia subscribe, tak apalah kita tak ada rugi apa-apa pun, kan?

Stop thinking about the what ifs and just do it first.

Upsell #3

Last but not least, the creme de la creme. Dekat sinilah kita akan berikan something we call as high ticket. Kalau dekat Malaysia, kita akan tawarkan dalam range harga RM2K ke atas (Mentor saya dekat US gelak je dengar ini).

Dekat sini, dia tak ada masalah yang spesifik. Instead, apa kita akan fokuskan ialah saving time, money and effort.

Cuba kita fikirkan macam ini.

Kereta awak rosak. Mungkin battery kong ataupun carburetor out. Awak bawak kereta ke kedai A yang mana dia cakap kena bayar RM3,000 dan tak akan jadi lagi masalah ini.

Kemudian awak bawak ke kedai B yang mana dia cakap kena bayar RM500 tapi setiap 6 bulan kena datang balik.

Which one would you pick? Most people akan pergi ke kedai B. Dia nampak lebih murah dan tak apalah, apalah sangat 6 bulan sekali, kan?

Now cuba kita kirakan macam ini:

  • RM500 × 18 bulan (5 tahun) = RM9,000

  • 1 jam setiap kali x 18 bulan sekali = 18 jam

  • 30 minit nak ke workshop x 18 kali = 540 minit @ 9 jam

Sekarang cuba habaq mai dekat saya, jimat ke tak sebenarnya?

Dalam kes kita tadi, kita nak cari orang yang akan pilih A. Orang yang mungkin macam diri kita yang dah cuba macam-macam, habiskan masa, wang ringgit & usaha untuk selesaikan masalah and just nak get it over with.

Tak semua akan bayar kita jumlah itu - yet some will.

Summary & Final Notice

Based on perkongsian saya hari ini, saya sangat yakin kalau awak boleh buat benda yang sama.

Saya tak perlu kongsikan lagi tentang how to find the audience, banyak kali saya dah share, boleh godek-godek balik saja.

Aspek paling penting dalam blueprint ini ialah the front-end. Ramai sangat yang stuck dekat situ, tak tahu macam mana nak create it and launch it to the world.

Sebab itulah 31/1 nanti saya akan lancarkan buku Sell Your Ebook, a comprehensive guide untuk sesiapapun tulis, lancarkan & buat duit dengan ebook sendiri.

Dah beberapa orang saya kongsikan framework dalam buku itu dan antara resultsnya:

  • Tuan Mu’azh buat 5 angka dengan ebook pertama

  • Cik Adani Kamal buat RM1,566 dalam masa seminggu

  • Tuan Ezrul buat jualan pertama ebook walaupun website tak siap lagi

Saya tak nak bombard everything here tapi saya just nak inform yang cuma ada 300 unit sahaja hari pelancaran nanti.

Kalau awak nak akhirnya merasa nikmat menjual skill sebab ia membolehkan awak untuk buat lebih banyak duit, bina audience yang sayangkan awak & bina satu legasi sendiri, saya cadangkan awak join waiting list dekat sini.

Apa apa pun see you next week!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:

  1. Ebook Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Lebih 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.

  2. The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.

  3. #SkillSeller Inner Circle: Tempat dimana penjual skill berkumpul untuk sama-sama saling membantu dan memastikan semua orang dapat rasakan nikmat menjual skill - income & impact.

Reply

or to participate.