Fahamkan Konsep Ini Kalau Nak Buat Duit Banyak

Benda ini ubah kehidupan saya

“Saya nak jual skill saya Paeh…tapi saya tak berani sebab saya bukan expert dalam skill saya itu…ramai yang lagi power…”

Kalaulah ada 10 orang yang DM saya dekat Twitter, saya rasa 8 akan cakapkan atau tanyakan benda yang sama.

And to be reaallyyy honest with you, saya faham kenapa awak mungkin tertanya-tanya pasal benda ini.

In fact, 7 tahun lepas, saya tertanya-tanya benda yang sama…

Masa itu saya baru nak mula jual skill saya dan saya masih belajar dekat uni lagi.

“Ada ke orang yang nak bayar aku?”

Setiap hari, soalan yang sama berlari-lari dalam minda saya…sampaikan ada masa saya rasa saya patut lari sekali…

Saya rasa lost.

Tapi bila saya berjaya fahamkan satu konsep ini, barulah saya sedar yang sebenarnya apa yang ada dalam kepala saya itu sebenarnya tak betul.

Bila saya dah ada perubahan dalam pemikiran saya, saya berjaya dapatkan klien pertama, kemudian kedua, kemudian ketiga dan sampai satu masa, saya ada 15 klien dalam masa sebulan yang bayar RM1,500 seorang.

Harapan saya untuk hari ini, awak akan dapat the same exact ‘aha moment’ yang saya dapat a few years ago.

Jadi sebenarnya apakah konsepnya?

The ONE Concept You MUST Understand

It was 2018. Masa itu saya tengah dalam proses nak masuk ke Ijazah Sarjana Muda dalam bidang TESL.

Saya dah tekad nak pastikan masa saya tengah buat degree saya, I was making some sort of side income.

Masa itu saya dah pun ada skill Facebook Ads saya dan saya nak mula dapatkan klien untuk saya jadikan done for you service.

But I had doubts…

Sama macam awak hari ini, saya tengah persoalkan kepakaran saya ada.

Ke merata pelosok dunia Internet saya mencari jawapan kepada soalan yang saya rasakan macam satu beban yang terpaksa pikul, tapi saya tak jumpa jawapannya…

And at long last, saya terjumpa satu video daripada mamat ini:

Kalau awak tak kenal siapa mamat ini, nama dia Russell Brunson, co-founder kepada Clickfunnels - software untuk buat funnels.

Dalam video itu Russell cakap:

You don’t have to an expert. You just need to 5-10 steps ahead

Russell Brunson

Penerangan yang dia berikan agak panjang lebar, jadi saya akan simplifykan.

Kita sebenarnya tak perlu pun untuk jadi pakar dalam skill kita, tapi cukup kita tahu lebih sikit daripada orang yang tak tahu apa-apa.

Mungkin sekarang ini awak berada dekat level 5/10 dalam skala ‘kepakaran’. Ada tak dekat luar sana yang berada dekat level 0 yang sanggup nak buat apa saja untuk dapat ke level 5?

Ada. Saya berani cakap 100% mesti ada.

Kalau tak, kenapa ada video dekat YouTube yang specifically talk about ‘beginners’ dan video macam itu boleh pecah jutaan views?

Jawapannya ialah ramai yang baru nak start dan perlukan orang macam awak untuk bantu mereka.

“Tapi Paeh, kenapa dorang tak pergi je direct kepada orang yang level 10/10? Kenapa dorang nak cari saya?”

Simple. Relatability.

Pernah tak awak nak belajar sesuatu benda itu dan awak pergi cari terus someone yang memang expert. Masa awak belajar dengan dia, ada tak awak rasa macam susah nak capai apa orang itu dah capai?

Itulah maksudnya relatability sebab kita rasa macam tak boleh macam dia.

Satu lagi contoh simple untuk awak.

Zaman sekarang ini, kalau awak nak belajar resepi memasak, siapa yang awak akan cari?

Sama ada Khairul Aming atau Che Nom, kan?

Apa yang menarik dekat sini, kedua-dua orang ini tak ada langsung:

  • Kelayakan dalam bidang memasak

  • Kepakaran dalam satu-satu jenis masakan

KA ialah graduan Mechanical Engineering dari Valderbilt University. Che Nom pulak bekas Senior Telecommunication Engineer dekat Digi.

Tapi kenapa setiap video mereka buat, boleh pecah juta-juta views?

Again, relatability is the answer. Orang rasa macam boleh relate dengan kedua-dua influencers ini.

“Kalau dorang boleh masak, aku pun mesti boleh, kan?”, ayat yang saya rasa sentiasa ada dalam kepala kita bila tengok video mereka.

Terakhir untuk saya yakinkan awak yang sebenarnya boleh buat dari hari ini dan tak perlu jadi pakar ialah situasi ini:

Bayangkan awak tengah drive ke satu tempat. Dalam perjalanan itu, awak ternampak satu kereta dekat tepi jalan.

Awak berhentikan kereta dan bila tanya dekat pemilik kereta itu, rupanya tayar keretanya pancit.

Bila awak tanyakan lagi, rupanya orang itu ada interview dekat area situ dan ada masa 1 jam saja lagi. Dia memang tak tahu apa nak buat...

Awak pernah tukar tayar kereta sendiri beberapa kali dan awak boleh tolong dia - cuma awak bukan pomen kereta lah.

Daripada situasi dekat atas ini, soalan saya pada awak:

Adakah awak akan tolong orang itu ataupun tak?

Saya yakin, jawapan awak ialah ‘YA’ dengan nada yang yakin. Tapi kenapa awak nak tolong orang itu? Kan awak pakar?

Jawapan yang awak akan berikan ialah: sebab orang itu ada masalah/kesusahan.

Betul?

Dan inilah sebab yang sama kenapa awak boleh mula jual skill awak hari ini dan buat duit.

Kita nak bantu seseorang itu selesaikan satu-satu masalah that the person has. Mungkin dah bertahun dia hadapi masalah itu tapi tak selesai selesai.

Mungkin awak rasa yang dia boleh saja Google atau cari dekat YouTube, cuma tak ke awak rasa yang dia dah buat benda itu dulu cuma masih tak jumpa lagi jawapan atau solusi yang sesuai untuk dia?

This my friend, is the ONE simple concept that will change your life.

Belajarnya. Fahamkannya. Kuasainya.

And money will come to you like waterfall…

Summary & Final Notice

Agak lama sejak saya buat perkongsian yang lebih kepada mindset shift macam ini - kadang-kadang perlu jugak, kan?

Bukannya saya tak nak kongsikan pasal cara nak jual, cara nak buat itu ini, tapi kalau awak tak percaya yang awak boleh buat, awak tetap tak akan buat…

Hopefully lepas awak habis baca ini, awak akan ada satu new found believe within yourself dan tahap konfiden awak berada pada paras tertinggi!

Kalau awak rasa bermanfaat, screenshot email hari ini dan tag saya @thepaehbrian dekat Twitter dengan sepatah dua kata.

Tahun ini saya nak growkan lagi komuniti percuma kita ini dan saya harap awak akan dapat bersama dengan saya along the ride.

Banyak jugak videos dekat TikTok dan YouTube yang saya akan publish untuk dapatkan lagi banyak reach. Moga bermanfaat untuk ramai orang!

Apa-apa pun I’ll see you next week!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:

PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Satu panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.

Buku Sell Your Ebook: Panduan lengkap A-Z yang akan kongsikan cara sesiapapun boleh tulis, lancar & jual ebook sendiri untuk buat 4 angka dalam masa 30 hari akan datang dengan hanya 4 langkah mudah.

#SkillSeller Inner Circle: Tempat dimana penjual skill berkumpul untuk sama-sama saling membantu dan memastikan semua orang dapat rasakan nikmat menjual skill - income & impact.

Reply

or to participate.