- Level Up Weekly
- Posts
- First Time Ever: Cara Saya Jual Lebih 350 Unit Buku Dalam Masa 4 Jam
First Time Ever: Cara Saya Jual Lebih 350 Unit Buku Dalam Masa 4 Jam
Ambil apa saya share ini dan cuba buat sendiri
Hari ini saya nak buat kerja gila.
Saya nak sharekan something yang tak pernah saya share lagi.
2 tahun saya simpan case study ini. Tapi rasanya dah sampai masa untuk saya kongsikan. Dan saya yakin, awak akan dapat a lot of value daripada case study ini.
Well, harapan saya macam itulah xD
Backstory
Cerita ini masa bulan Jun tahun 2021. Lebih kurang 2 tahun lepas.
Masa itu, saya baru nak launch my new book.
Yes, buku yang bakal saya launch at the end of this month bukannya buku first saya.
Nama buku pertama saya ialah The E-Commerce Gameplan. Mungkin awak pernah dengar kut sebelum ini.
To be honest, saya tak pasti macam mana datangnya idea nak launch buku ini.
Tapi apa yang ingat ialah I always wanted to write a book. Especially lepas tengok video dari Dan Lok.
Saya tak ingat apa tajuk video itu. Tapi satu ayat dia yang saya ingat…
Giving someone a book shows more authority than giving him a business card.
Ayat ini living rent free dalam kepala saya. It. Just. Makes. Sense.
Dan dia sambung pulak dengan ayat;
In the word ‘authority’, there is ‘author’.
Basically what he means is penulis buku akan nampak macam pakar. Nampak macam orang yang boleh dipercayai lah. Bukan senang nak tulis buku, kan?
From there, saya pun tulislah buku saya itu yang kongsikan macam mana saya start bina bisnes e-commerce yang generate 5 figures dalam bulan pertama.
The Launching Method
Disclaimer daripada saya, method ini bukan saya cipta. Saya pun belajar dari Uncle Tiger dan Tuan Aqif Azizan.
Nama method ini ialah Hack A Launch.
Konsepnya ialah;
6 hari pre-launch - Kita share tentang launching yang kita akan buat dekat semua platform kita ada dan kumpulkan waiting list.
1 hari launch - Selama 4 jam saja, kita akan buka peluang for people to buy our launch product.
1 hari post-launch - On the 8th day, kita akan buka 4 jam lagi untuk mereka yang tak sempat beli.
Method ini saya pakai banyak kali jugak untuk macam-macam produk digital yang saya launch.
Saya cuma boleh sharekan serba sikit sahaja. Of course, I need to respect them mereka sebab mereka pun guru-guru saya.
Tips & Advices
Saya tak boleh sharekan everything about Hack A Launch, tapi saya boleh berikan a few pointers.
Boiler Room
Firstly, pastikan dalam waiting list kita buat boiler room. Bila orang masuk dalam kolam kita, janganlah biar mereka kesepian.
Hari-hari sepanjang 6 hari pre-launch, kita bakar semangat the people in our waiting list untuk buy on launch day.
Sharekan results, case study, and anything yang related.
Plan it out
Secondly, make sure kita ada a very detailed plan.
Okay maybe I should tell you kenapa kena ada planning yang bagus.
Masa saya launch, saya buka tempahan dari 8 malam sampai 12 tengah malam.
10 minit pertama, website saya down…
Terus terang, saya rasa macam the world came down crashing
Ramai giler yang PM dekat Messenger dan WhatsApp, complaining they weren’t able to access my website.
Tapi nasib baik, saya ada backup plan dari awal. Saya dah setup dari awal satu Google Form untuk orang beli from there.
Dan disebabkan planning awal inilah, saya dapat recover.
But still, if the website tak crash, saya rasa boleh pergi 400 unit. Sedih…T-T
The Break down
Okay yang ini yang awak nak tahu sangat kan.
“Eh si Paeh asyik cakap pasal unit je. Berapa sebenarnya dia buat?”
Sekali lagi saya disclaimer, saya sharekan angka ini bukan untuk riak. Bukan nak show off. It is to motivate and inspire.
So here’s the break down:
Units sold: 350
Price per unit: RM49.90
Order bump price per unit: RM20 - Ebook version.
Upsell price per unit: RM129 - Complete toolkit with templates.
In total, saya buat lebih kurang RM22K in that 4 hours plus an additional 4 hours on post-launch day.
Okay lah kan? Siapa nak bagi macam itu?
Saya sebenarnya nak detailkan lagi berapa percentage yang took up order bump and the upsell, tapi I lost the data in my old PC.
For that, you have my deepest apologies.
Summary & Final Notice
Can you do this? Absolutely.
Should you do this? Absolutely.
Would you succeed on the first try? Kalau ada rezeki, inshaAllah.
It’s not easy, tapi it is worth it.
Cuma kekurangan yang saya nampak ialah, sustainability. Bila launching macam ini, kena ada a lot of preparations and structuring.
That’s why untuk my second book, saya akan integrate Hack A Launch dengan book funnel.
We’ll save that untuk after the launch. I try to be as transparent as possible dengan awak. Sebab saya nak awak boleh replicate jugak apa yang saya buat.
Dan of course, anything kita jual, we sell based on our skill. Buku first saya macam itu dan my second one pun is no exception.
Okay sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dekat awak.
Kalau sepanjang awak terima sharing dari saya awak ada terasa hati, saya mohon maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.
Kita 0-0 ya?
And kalau awak ada idea nak tulis buku atau ebook awak sendiri, bolehlah reply dan sharekan idea awak. Nanti saya berikan my 2 cents.
Reply