- Level Up Weekly
- Posts
- Followers ≠ Money
Followers ≠ Money
Satu pengajaran saya belajar dalam 7 tahun ini
Masa saya mula tahun 2018 dulu, saya ada satu mindset yang mana kalau nak buat duit banyak, saya perlukan followers yang ramai.
Dari situ saya mula belajar dan belajar dan belajar, cara untuk bina followers untuk platform saya.
Lepas hampir 7 tahun, saya dah berjaya pecah satu platform untuk capai AT LEAST 10K followers.
Tapi apa yang menarik, jumlah duit yang saya buat sama dan ada masa menurun sikit.
Kenapa masa saya start dulu, literally nobody knew me, saya boleh pecah satu masa itu RM30,000 dalam sebulan?
Pelik, kan? Bukan ke kalau followers lagi ramai, lagi banyak duit yang kita boleh buat?
Well dekat situlah yang mana kita semua silap…termasuklah saya…
The Reality Behind ‘Followership’
Baru-baru ini saya nampak ada video yang ceritakan pasal hidup Randy Pangalila. Kalau awak tak kenal dia siapa, maybe awak Gen Z kut hahaa.
Randy Pangalila seorang pelakon yang famous dekat Indonesia - dan Malaysia jugak sebab ada banyak kali dia berlakon dengan artis kita.
Bila saya tengok video itu, saya jadi sedih dan tak percaya.
Long story short, Randy ceritakan yang dia sekarang ini ada dalam keadaan yang tak cukup duit dan kekurangan.
Mungkin kita cakap yang dia kekurangan job tapi takkanlah sampai tak ada duit…dia kan artis, ramai followers?
Dekat sinilah saya nak sharekan realiti sebenar tentang ‘pengikut’. Sebenarnya, followers kita tak peduli langsung pasal kita. Zero. Kalau dalam English kita cakap, they don’t give a s*it.
Tak percaya lagi? Ada satu story menarik saya boleh share.
Ada seorang Instagram star dengan 2 juta followers, tak boleh nak jual walau 26 helai T-shirt dia.
Interesting, kan? Tapi at the same time, it’s sad. Kita habiskan masa fikir macam mana nak bina followers, tapi end up it could be just a waste of time.
Saya dapat banyak gila soalan yang bunyi dia macam ini:
Macam mana saya nak jual kalau saya tak ada followers?
To be honest most of us (termasuk saya) salah faham. Sebenarnya kita tak perlu bina followers, tapi kita perlu bina THIS ONE THING…
Followers? No. Clan? YES!
Sebelum saya nak share benda ini, saya just nak let you know yang benda ini saya dah test sendiri dan saya dah kaji a lot of people.
In fact ada beberapa buku saya nak mention kejap lagi.
Kalau kita study kehidupan manusia sejak zalam dulu, kita hidup dalam berkelompok - bahasa mudahnya puak.
Dalam puak itu, siapa yang paling dijulang, diangkat dan diberikan macam-macam penghargaan? The leader or creator of the clan.
And funney enough, saya perasan benda ini jugak bila saya main game. Almost every game akan ada feature untuk create a clan. Kita cari orang, tarik masuk ke clan kita dan they do what we tell them.
Bila saya study a lot of famous and successful creators dekat pelbagai platform, saya nampak mereka mesti ada some sort of clan.
Email newsletter
Facebook group
Discord server
Telegram channel
Akan ada salah satu ini dalam strategi dan flow mereka. Bila saya adaptasi dan gunakan sendiri, barulah saya faham the reason behind it.
Whatever the leader says, the people follow. Apa saja ketua recommend, orang akan buat.
Hence bila kita offerkan skill kita, tak kisahlah dalam apa saja bentuk, they will pay us for it.
Masa saya nak launch buku Sell Your Skill tahun lepas, saya gunakan strategi yang sama.
Saya kumpulkan orang-orang dalam satu group, berikan value dan akhirnya jual buku saya dekat mereka.
Hasilnya? RM20K+ dalam 72 jam.
Sekarang saya gunakan strategi sama untuk bina newsletter yang awak tengah baca ini. Every now and then akan ada tawaran saya bagi - and akan ada yang daftar.
Banyak atau sikit bergantung pada cara kita buat, tapi pointnya ialah akan ada yang bayar @ beli.
Any time kita ada a new thing, kita akan pergi balik dekat komuniti kita ini. Share with them, sell to them.
So No Followers AT ALL?
Tak jugak. Some sort of followership dekat ANY platform will help. And it is the first part untuk funnel kita.
Kalau tanya saya, you only need 100-1,000 followers.
1-10% akan masuk jadi clan members. Kalau kita do a simple math:
1,000 followers
100 clan members
RM19 digital product
10 buyers
RM190 sales
Kita dah pecah 3 angka pertama. And you just keep on repeating the same process over and over and over again sampai abang jamil hidup semula.
Tapi macam mana nak buat lagi banyak duit?
Simple; Naikkan jumlah clan members. Followers awak boleh stay jumlah sama, tapi bila you keep on giving value dekat social media, more people akan nak join your clan.
100 jadi 200. 200 jadi 500. 500 jadi 1,000. Dari situ you can do the math. Pak cik kayo!
And the fun thing ialah clan itu hak milik kita. We call this as controlled audience - aset yang mana kita boleh kawal.
Followers dekat social media boleh pergi bila-bila masa, especially kalau platform itu tiba-tiba nak jadi bebal dan ban tanpa sebab (I’m talking to you Zuck!).
Untuk bina clan sendiri pun sangat simple, ada a few key things saja:
A place to gather - satu tempat untuk clan members berkumpul macam FB group, WhatsApp group dan lain-lain
A message - satu mesej yang kita dan clan members sama-sama suka dan setujukan
A reason - satu sebab utama kenapa orang perlu join clan kita, which usually is apa hasil kita janjikan
Ada 3 ini dah cukup. Of course it’ll take some work tapi dia lebih simple dan agak senang, tak macam apa awak sangkakan.
Summary & Final Notice
Don’t build followership, build a clan. Kita akan boleh buat duit bila kita ada clan yang semuanya satu kepala dengan kita.
This is the cheat code untuk awak level up hari ini.
Jadi sekarang ini bila awak buat content dekat social media, pastikan awak tarik mereka untuk join clan awak.
Build your clan, and then sell to them.
See you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, ini cara saya boleh bantu awak capai RM1,000 pertama dengan digital product awak:
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.
Reply