- Level Up Weekly
- Posts
- The Hard Truth Kenapa Masih Ramai Tak Boleh Buat Duit
The Hard Truth Kenapa Masih Ramai Tak Boleh Buat Duit
Kebenaran yang pahit tapi kita perlu terima
Beberapa hari lepas, saya baru sahaja balik daripada trip ke Hat Yai. Banyak tempat-tempat menarik yang saya sempat singgah masa dekat sana.
Tapi satu benda paling amazing bagi saya ialah macam mana kedai-kedai dekat sana boleh terima pembayaran melalui QR Payment. Yes of course tak semua yang terima, but still banyak jugak lah.
Ini membuktikan yang zaman kini, semuanya dah semakin mudah.
Nak renew lesen pun boleh buat atas talian.
Nak transfer duit pun boleh buat atas talian.
Nak ambil nombor untuk pejabat kerajaan pun boleh buat atas talian.
Paling best kalau awak tanya saya, kita nak buat duit sampingan pun boleh buat dekat dunia media sosial.
Kita tengok orang-orang macam Khairul Aming yang buat jualan jutaan ringgit. YouTubers, TikTokers dan influencers in general buat duit like it’s wayyyy too easy for them.
Dan realitinya ialah…it is!
Kita tengok zaman sekarang ini, budak sekolah pun dah pandai gunakan platform seperti TikTok untuk jadi affiliate dan buat duit sampingan.
Cuma persoalan sekarang ini ialah kalau betul lah senang, kenapa masih ramai yang tak dapat buat apa-apa lagi?
Bertahun lamanya saya fikirkan jawapan kepada soalan ini. Saya tengok orang sana sini, kaji apa mereka buat dan akhirnya, saya dah jumpa jawapannya…
Why People Don’t Make Money
Here’s the truth. Awak tahu caranya, betul tak?
Awak dah tengok bermacam video YouTube, dah baca macam-macam blogpost dan setiap minggu, dah buka email saya hantarkan.
You, me and most people dah tahu the exact steps yang kita perlu buat.
Cuma ada satu benda yang most of us lack:
ACTION
Kalau kita tengok balik jumlah content yang kita dah consume versus jumlah action yang kita dah buat, saya rasa mayba rationya 10:1.
Silap silap, boleh jadi 10 to 0. I’m being honest here and I know this well sebab dulu saya pun macam itu jugak…
Berapa banyak buku yang ada dekat rak saya yang saya tak habis baca.
Berapa jam saya dah habiskan untuk khatamkan course yang saya beli.
Tapi sebab saya tak buat apa-apa tindakan, hanya bermimpi sajalah yang saya boleh buat sebab nothing changes if nothing changes (baca sekali lagi).
Saya faham. Kita semua sibuk. Masa saya tengah karang posting ini pun saya tengah sambil-sambil marking kertas exam students uni saya.
Tapi that’s the thing…kalau kita nak apa kita nak, kita perlu nak untuk gadaikan sesuatu. Bak kata orang lama:
To be successful, one must make sacrifices.
Mungkin ada masa kita kena tidur agak lambat. Mungkin ada masa kita kena bangun awal. Mungkin ada masa kita tak dapat tidur.
Ada hari kita tak boleh tengok Netflix. Ada hari kita tak boleh keluar makan dan hanya makan dekat rumah.
Those are sacrifices that we need to make. Of course tak perlulah kita gadaikan semuanya sekali. Cuma sometimes, kita perlu buat.
Most people yang saya jumpa akan cakap yang mereka tak ada masa untuk buat, tapi lepas itu saya akan nampak story IG mereka ada dekat Pavilion dan tengok movie sampai 2 pagi.
What do you think?
Yes, ada masa kita healing. Ada masa kita have fun. If how you make money revolves around those thing then by all means, buat saja, tak ada masalah.
Tapi kalau tak, we need to rethink it.
Daripada kajian saya, this is the number thing that most people lack just as I did a few years back.
Tapi kita tak nak stop dekat situ…
Ada 3 sifat orang-orang yang berjaya dekat media sosial ini.
3 Traits of Successful People
Success leaves clues. Kita tiru saja orang yang dah pun berjaya dan kemungkinan untuk kita berjaya pun tinggi.
Let’s not waste anymore time.
They just do it
Saya ingat satu video yang mana Khairul Aming reminisce balik perjalanan dia dekat social media.
Antara video pertamanya sangatlah tak elok dan sangatlah simple - but he did it anyways. Inilah sikap yang kita perlu tiru.
Bila saya faham sifat ini, saya cuba untuk applynya bulan Februari tahun lepas masa saya nak start niche sell your skill ini. Macam-macam saya fikirkan tapi saya jalan jugak.
I was scared, yes. Tapi macam mentor saya cakapkan: Champions are not fearless, they just do it scared.
They have a personal brand
Kalau sebut Apple, orang akan ingat Steve Jobs. Kalau sebut Facebook, orang akan ingat Mark Zuckerberg. Kalau sebut TikTok, orang akan ingat Dr Ben Gee.
Companies big or small, akan ada personal brand di belakangnya.
Saya dan awak pun perlu ada personal brand - not just any one though, kita perlu ada jenama yang boleh dijual.
They talk about ONE thing
Perasan tak yang semua influencers, YouTubers dan siapa saja yang awak follow sekarang ini cuma fokus pada SATU benda sahaja.
KA dengan masakannya. Soloz dengan gamingnya. Paeh Brian dengan jual skillnya (shameless self plug let’s go!).
Awak tak boleh nak cakap pasal semua benda, sebab awak akan jadi macam orang lain. Be the authority in ONE thing.
Summary & Final Notice
Kebenaran itu pahit tapi sama macam ubat, ia akan bantu kita untuk menjadi lebih baik daripada sekarang.
To summarise:
Take action
Just do it scared
Build a personal brand
Focus on only one thing
Kalau awak buat semua ini, mustahil awak tak akan buat apa-apa duit langsung - saya dah tengok ramai orang buat macam ini.
Dalam komuniti saya sendiri pun dah ramai yang macam ini. If they can do it, you can too sebab semuanya ialah doable & replicable.
Now the next thing yang mungkin awak tak tahu ialah nak jual apa dulu dari segi skill awak. Untuk itu, saya cadangkan awak start dengan ebook.
Simple. Straightforward. Easy to create. Easy to sell.
Cuma masalah ramai orang ialah tak tahu cara nak tulis ebook, lancarkannya dan jualnya. For that, I can help you.
Buku terbaru saya, Sell Your Ebook, akan dilancarkan 31/1 ini. Cuma ada 300 unit yang akan boleh ditempah secara preorder. Saya dah berikan beberapa free sample kepada influencers di X, semuanya dah berjaya hasilkan ebook.
Saya cadangkan awak join waiting list di sini dulu.
Apa-apa pun, see you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:
Ebook Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Lebih 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.
The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.
#SkillSeller Inner Circle: Tempat dimana penjual skill berkumpul untuk sama-sama saling membantu dan memastikan semua orang dapat rasakan nikmat menjual skill - income & impact.
Reply