- Level Up Weekly
- Posts
- Ini Apa Saya Akan Buat Untuk Grow Ke 4-5 Figure A Month From Zero
Ini Apa Saya Akan Buat Untuk Grow Ke 4-5 Figure A Month From Zero
Tahun 2024 ialah tahun ke-7 saya dalam dunia online. Of course mungkin awak sendiri ada lagi banyak experience.
Ada banyak benda saya lalui.
Tapi dalam list yang mungkin sepanjang meja 120 cm, SATU benda yang stand out untuk saya:
Restarting from zero.
At this point, saya dah restart 2 kali:
Tahun 2022 bila Facebook profile saya diban dan saya hilang segala senarai potential clients
Tahun 2023 bila saya pindah ke X dan mula berkongsi tentang experience dan knowledge saya dalam menjual skill
Both times Alhamdulillah saya berjaya buat ‘comeback’, sama macam bila Liverpool buat comeback Champions League 2005 - go and Google kalau nak tengok how powerful it is!
Hari ini saya nak share apa yang saya buat so that awak pun boleh, apa saya akan ubah untuk fit 2024 & the future dan how to monetize from day 1.
The Comeback Gameplan
Mungkin awak sekarang ini dalam fasa reset. Atau, mungkin awak memang tengah start daripada zero.
No matter where you are in the game, gameplan ini akan menjadi untuk awak - that is kalau awak buat. Kalau tak dikait, mana nak jatuh kelapanya.
Satu benda saja yang awak perlu follow: The Rule of One.
The Rule of One terbahagi kepada:
One Skill
Imagine awak tengah sakit pinggang. Dekat kawasan awak ada 2 jenis klinik:
Klinik A: Klinik general
Klinik B: Klinik Khas Sakit Pinggang
Klinik mana yang awak akan pergi? Obviously kalau awak nak masalah itu selesai dengan cepat, awak akan pergi ke B.
Why? Sebab B hanya tahu satu benda dan nampak seperti ‘expert’ dalam bidang atau benda yang dia tengah tawarkan.
Dan bukan itu saja. Bila kita fokus pada satu benda, kita akan dibayar lebih mahal. Case in point ialah mentor copywriting saya Aqif Azizan.
Tuan Aqif fokus on ONE thing saja - copywriting. Dia dibayar sangat-sangat mahal untuk SATU skill itu saja. Why? Sebab dengan memfokuskan dekat satu benda, dia nampak sebagai the only logical option.
Now I would like to clarify something. Skill ini boleh jadi experience, knowledge dan passion kita dalam something.
Mungkin kita pernah lulus hutang PTPTN, that is a skill.
Mungkin kita pernah buat umrah DIY, that is a skill.
Anything yang tak semua orang tahu, that is a skill.
One Person
Kalau awak tengah memanah, adakah awak akan:
A. Tembak tiga anak panah dan cuba panah ke 3 sasaran
B. Tembak satu anak panah dan cuba panah ke 1 sasaran
Jawapan B will ALWAYS be the most logical one. Similarly dengan kita nak menjual skill kita ini.
Sasaran kita ialah siapa kita boleh bantu dengan skill kita. Kita tak akan boleh bantu semua orang.
Kalau saya baru beli game bola (skill) dan saya nak ajak kawan saya main, saya akan ajak kawan saya yang suka bola saja (person).
Imagine awak ada skill dalam nak turunkan berat badan dan awak nak jual pada orang yang TAK nak turunkan berat badan. Kalau dia tak nak, there’s no point in trying.
Paling senang nak kenal kita punya person ialah diri kita sendiri sebelum kita hari ini. Maksudnya kita nak bantu orang yang sama macam kita daripada segi apa kita percayakan, apa kita sukakan dan lain-lain.
One Problem
Katakanlah awak tengah nak paku gambar dekat dinding. Paku dah ada dekat tangan awak and sekarang awak nak ketuk paku masuk ke dinding.
Depan mata awak ada 2 objek:
A. Hammer
B. Screwdriver
Which one yang awak akan pilih? Kalau awak pilih B, tolong tutup posting ini sekarang dan pergi jalan-jalan dekat tepi pantai…
Of course A! But why? Sebab hammer akan selesaikan masalah nak ketuk paku masuk ke dinding.
Sama macam kes kita nak buat duit online ini, kita kena selesaikan SATU masalah yang spesifik.
Saya berikan a few examples:
Contoh 1
Skill: Memasak
Masalah: Duduk bujang - nak jimat duit masak sendiri
Contoh 2
Skill: Gaming
Masalah: Addicted to nicotine - perlukan benda untuk tak fikirkan merokok
One Outcome
Manusia buat sesuatu benda dengan harapan untuk capai sesuatu. Itu realiti pahit yang kita kena terima.
Kita makan sebab kita nak kenyang (outcome).
Kita shopping sebab kita nak baju cantik untuk pakai masa raya (outcome).
Dengan skill kita, kita kena sampaikan yang kita boleh bantu audience untuk dapatkan outcome yang dia cari.
Outcome ini akan dapat bila masalah dah selesai.
One Solution
Awak pernah terfikir tak kenapa Captain America ada Vibranium Shield dia? Steve dah well-equipped dengan combat skills. Tapi ada satu benda yang dia missing - defense.
Dan perisai dia itu provides the solution to that problem.
Kita kena jadi sama macam shield Captain America itu. Kita kena sediakan SATU solusi kepada satu masalah tadi.
Dalam kes kita, solution akan datang dalam bentuk:
Ebook
Course
Webinar
Coaching
Membership
Itulah solusi yang kita sediakan yang mana ia akan selesaikan masalah dan dapatkan outcome.
Apa Saya Akan Ubah Untuk Monetize From Day 1
Ada banyak benda yang saya boleh ubah. Tapi saya tak nak ceritakan semua sekali, nanti awak tak terbuat.
Kalau saya boleh share SATU benda yang saya akan ubah:
Community.
Daripada hari pertama awak mula nak jual skill awak, awak kena bina community siap-siap dah.
And it’s not complicated! It is as simple as kita buat satu group WhatsApp saja! As long as boleh ada:
Q&A
Sharings
Engagements
Now cara nak implement pun tak susah yang ramai fikirkan. Setiap content atau sharing awak buat dekat social media, linkkan balik ke community awak tadi.
Simple kan? Tapi kenapa komuniti?
The days of sifuism and guruism is gone. Orang lebih suka dengar cakap orang yang similar macam mereka sendiri. Contoh? Awak dan saya.
Jadi dengan komuniti, kita akan sediakan ‘safe space’ - tak perlu takut kena kecam buat apa yang kita nak.
It is super powerful and Tuan Aiman Azlan buat benda ini lah untuk buat RM8.5K sebulan dengan komuniti dia.
Summary & Final Notice
This is the cheat code untuk awak level up hari ini dan menang game buat duit online dengan skill awak.
The only thing left is to take action and do it.
Satu berita gembira ialah baru-baru ini saya baru cecah 10,000 followers dekat X woohooo! Achieving something in 15+ months yang mana orang lain terpaksa buat 4-5 tahun is awesome!
Untuk celebrate benda ini, saya ingat nak buat satu free webinar 26 Mei nanti - which coincidentally is my birthday hahaa!
Apa-apa pun see you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, here’s some resources untuk bantu awak capai RM10,000 pertama dengan skill awak:
PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM29/bulan dan boleh cancel anytime.
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.
Reply