- Level Up Weekly
- Posts
- Kaedah #1 Untuk Buat Duit Sambil Bekerja
Kaedah #1 Untuk Buat Duit Sambil Bekerja
Berdasarkan pengalaman saya sendiri
95% orang yang saya jumpa or sembang dekat DMs, nak buat duit online sambil kekalkan kerja yang mereka ada.
Saya suka cara ini. Sambil kita ada safety net, kita tak complacent dan hanya bergantung pada satu sumber income.
Kalau awak buat carian dekat Google, ada macam-macam yang orang akan recommendkan. Dalam masa hampir 10 tahun ini, saya dah cuba SEMUA dan ada satu saja yang sesuai untuk orang macam kita.
Tak ganggu kerja kita
Perlukan 2 jam saja sehari
Tak akan rosak atau perlu restock
Fokus pada apa yang kita ada dekat kita
If you ask me, this is the number #1 business model for working people.
Hari ini saya nak share kenapa ia model terbaik dan macam mana awak nak implementkannya.
The Model
Imagine awak pandai buat cookies. Cookies yang awak buat sumpah sedap tak tau nak cakap punya. Kalau bagi orang makan, tak habis-habis puji sedap.
Now awak boleh jual cookies awak itu, no problem at all. Tapi masalahnya:
Kena hari-hari buat cookies (makan masa)
Kena pergi deliver (makan tenaga)
Now imagine kalau awak ajar orang lain buat cookies itu dan dia boleh buat sendiri bila-bila masa dia nak.
Ajar sekali saja (jimat masa)
Tak perlu gerak mana-mana (jimat tenaga)
Inilah model yang saya cakapkan tadi - teaching others what you know.
Cara terbaik untuk kita ajar orang ialah melalui digital products macam ebooks, courses and webinars.
Kaedah mengajar melalui produk digital ini akan bantu kita buat side income sambil kita tengah hadap meeting dengan boss.
Do it once, earn forever. Of course, kena tahu caranya dululah.
The How-to
Sekarang awak dah faham kaedah apa yang terbaik untuk orang macam kita. Cara saya sebut ini macam kita ada satu cult pulak hahaha.
Coming back to the topic, mungkin awak tertanya-tanya macam mana awak nak buat kalau awak tak ada experience dan tak pandai menjual.
Jangan risau, kawan awak si Paeh ini akan sharekan caranya. Syaratnya perlu transferkan RM197 ke…okay saya melawak saja.
Kita pecahkan kepada 2 segment:
Creating
Untuk nak hasilkan digital product kita sendiri, ada satu step saja yang kita kena buat. Saya tak nak masuk bab design lah, bab nak guna apa untuk buat lah.
Those are all subjectives. Terpulang lah nak pakai apa pun, janji buat saja.
Fokus saya ialah intipati produk digital awak - the module. Kaedah yang awak boleh gunakan ialah A-to-B Journey.
Bayangkan awak nak balik kampung untuk Aidilfitri. Apa yang awak perlu lalui atau buat?
Ambil cuti
Kemas barang
Hadap jem 30 jam
Bila kita explainkan dekat orang, dia akan faham yang untuk balik kampung beraya, ini steps yang perlu dilalui.
Sekarang cuba fikirkan awak langkah yang orang perlu lalui untuk get from point A to point B.
Daripada tak tahu buat kek (A), ke dapat buat kek sedap (B). Let’s say ada 4 steps:
Tahu apa kek nak buat
Tahu bahan apa perlu pakai
Resepi yang perlu ikut
Decoration kek
This now becomes our module! 4 steps = 4 chapter dalam ebook, webinar, course kita.
Simple, kan? And it works! Tak percaya? Cuba baca balik post ini. Sama tak?
Selling
Part ini ramai yang akan kecut perut. Bila sebut saja kena menjual, ada yang sanggup hempuk laptop. Okay mungkin tak lah tapi you get what I mean.
Sebenarnya dalam dunia ini, kalau kita nak survive, we have to sell.
Nak dapat kerja, kena ‘jual’ diri kita. Nak pinjam duit, kena ‘jual’ idea. Nak pujuk anak, kena ‘jual’ janji manis.
Selling is part of our life. And kalau tak nak jual, mana nak datang duitnya. And to do this, ada 2 step:
Step #1: Siapa yang akan beli
Katakanlah awak baru beli game bola baru, FC2024. Awak nak ajak 2 orang kawan awak main:
Ali - Memang gila bola
Ahmad - Tak tahu apa pun pasal bola
Bila awak offerkan dekat both of your friends, siapa yang konfirm akan datang rumah untuk main dan tak reti nak balik?
Ali. 100%. Sebab dia sesuai dengan apa kita tawarkan dekat dia.
Point saya dekat sini, kita nak offerkan dekat orang yang memang nak atau perlukan produk digital kita itu.
Ada satu kaedah simple untuk nak tahu dekat siapa awak nak jual. Awak cermin diri awak sekarang. No, I mean it.
Nama kaedah ini ialah Mirror Method - kita nak jual dekat orang yang sama macam kita.
Sebagai contoh:
Kalau kita cikgu sekolah dan kita pandai buat kek, kita ajarlah dekat cikgu sekolah yang nak buat kek.
Kalau kita admin dan kita nak ajar Microsoft Excel, kita ajarlah admin yang nak belajar Microsoft Excel.
Jual dekat orang yang sama macam awak.
Step #2: Kenapa dia nak beli
Kita buat sesuatu benda atau perkara dengan bersebab. Kita makan sebab kita lapar. Kita main game sebab kita boring. Kita pergi kedai sebab nak beli barang. Tak adanya tiba-tiba nak pergi kedai semata, unless ada ehem dekat sana.
Point saya ialah orang akan beli produk digital awak dengan bersebab. Sebab yang saya maksudkan ialah hasil atau outcome.
Not too long ago saya beli phone baru. Phone lama saya camera dia teruk sangat, lagi teruk daripada layanan sales people dekat sesetengah kedai.
Jadi saya beli phone baru saya sekarang ini untuk kualiti gambar dan video yang lagi elok. Itu hasil atau outcome yang saya nak.
Awak kena fikirkan apa orang akan dapat lepas baca atau tengok atau telaah produk digital awak. Tak perlu nak hype sangat, simple pun dah cukup.
Saya bagi contoh Cik Adani Kamal. Dia buat ebook pasal langkah awal untuk masuk ke alam Cybersecurity. Outcome yang simple dan hasilnya ialah RM1,566 dalam masa 7 hari.
Keep it simple. Clear, but simple.
Now the first step yang awak perlu buat untuk dapatkan pelanggan pertama ialah content. Saya tak nak cerita sini, dah cukup panjang.
Summary & Final Notice
This is the cheat code untuk awak level up hari ini. Awak dah pun faham satu kaedah yang tak memerlukan awak untuk berhenti kerja semata-mata nak buat ‘bisnes’ yang belum tahu boleh hidup atau tak.
Even saya sendiri pun bila saya dapat jawatan tetap sebagai guru atau pensyarah nanti, saya masih akan kekal bekerja sambil buat duit online. That is the Paeh Brian way - dah macam Naruto pulak hahaa.
Apa-apa pun see you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, here’s some resources untuk bantu awak capai RM10,000 pertama dengan skill awak:
PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM29/bulan dan boleh cancel anytime.
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.
Reply