- Level Up Weekly
- Posts
- Kalau Awak BENCI 'Menjual', Baca Ini
Kalau Awak BENCI 'Menjual', Baca Ini
Percaya atau tak, I used to hate 'selling'. In fact, saya sangat bencikannnya sampaikan ada masa saya bagi everything for free.
Segala knowledge, segala experience saya ada, saya just letakkan dekat dalam website saya dan orang boleh baca bila-bila masa.
Tapi ada 2 experience yang mengubah persepsi saya tentang menjual. Saya yakin, lepas awak baca dan hadam sharing saya hari ini, awak akan ada perspektif baru tentang 'menjual'.
Experience #1: My old club
Masa zaman diploma dulu, I was fortunate enough untuk dilantik sebagai presiden persatuan. It happened by luck sebab saya sebenarnya presiden untuk persatuan seni lukis...problem is saya tak pandai melukis hahaa.
Saya join sebab nak teman kawan saya and then entah macam mana, selepas 2 semester dengan kelab itu, saya dilantik presiden (maybe sebab saya antara yang selalu aktif hadir meeting dan events). Tapi itu cerita untuk hari lain.
Setiap semester akan ada satu program dipanggil Open Day. Masa itu, semua persatuan akan sibuk berkempen untuk tarik ahli-ahli baru, sama macam kita nak tarik pembeli dan jual digital products kita. Of course, I hated it.
Bila ada orang lalu lalang dekat booth kami, memang tak ada langsung yang singgah walaupun kami dah letakkan segala details dekat depan booth. Kami ada KPI at least 10 ahli baru - now it's ZE RO
Masa itulah saya bangun, pegang salah satu tanda yang kami dah buat dan mula menjual persatuan kami. Segala events, program dan apa aktiviti kami akan buat jadi 'selling point' untuk tarik orang join.
And all of a sudden, 1 orang daftar, and then 5 and then 10 and then kami dapat hampir 25 orang untuk join! Memang saya rasa on cloud nine! Tapi that was not the best part.
Masa saya nak lepaskan jawatan saya (dorang tak bagi, tapi saya dah penat sebab dari semester 2 sampai 5 kena pegang weh!), saya gather balik dengan semua orang yang dah join. Ada seorang itu datang dekat saya dan cakap:
"Terima kasih sebab tarik saya untuk join dulu. Kelab ini memang best dan banyak benda saya dapat. Rugi saya tak join lagi awal"
That is when I realized the most important part dalam proses sales dan selling. Bila kita menjual apa yang kita ada, bukannya semata kita nak ketengahkan digital product kita, tapi kita nak bantu orang yang terimanya.
"Kalau macam itu kenapa kita tak bagi free? Kita nak bantu orang, kan?", mungkin ini yang ada dalam minda awak sekarang. Don't worry, experience #2 akan jawabnya.
Experience #2: Tweets vs Book
Tahun lepas saya lancarkan buku pertama saya, Sell Your Skill. Alhamdulillah, lebih 500 salinan dah terjual. Tapi ada satu benda menarik yang ramai tak perasan.
Most of the book adalah benda yang saya dah tuliskan dekat Twitter saya sebelum ini. Of course dia a bit simplified dekat saya post dekat Twitter tapi still, it's reallllyyy similar.
Here's the most interesting part. Ramai yang baca tweets saya, thousands and tens of thousands. Tapi kenapa, those yang beli buku saya, yang mana sama intipati dengan apa saya dah tweet, yang dapatkan results?
Secara logik, kalau apa saya tweet dan apa yang ada dalam buku sama, bukan ke patutnya both parties boleh dapatkan hasil?
Pelik kan? Itulah realitinya. Dean Graziosi, best selling author dan widely-known entrepreneur ada sebut:
People who 'pay', 'pay' attention
Orang yang bayar untuk sesuatu, dia akan rasa yang dia dah komited, dia dah keluarkan something untuk dapatkan benda itu, jadi dia perlu put in effort.
Kalau awak ada kereta sekarang ini, awak jaga tak kereta awak? Jaga. Why? Sebab awak dah keluarkan banyak duit untuk belinya. The same concept here.
Orang yang beli buku saya, keluarkan duit untuk beli dan those yang baca tweets tak ada risk and reward. Dorang boleh baca dan scroll.
Satu benda yang saya tak ceritakan dekat experience #1 tadi yang saya sengaja letak dekat sini ialah those yang nak daftar ke persatuan kami itu, perlu bayar yuran keahlian. Those yang bayar, hadir meeting dan join events.
Now everything makes sense, betul?
Summary & Final Notice
Bila awak gabungkan kedua-dua experience ini, awak akan lebih faham kenapa kita perlu menjual.
Kita menjual sebab kita nak bantu selesaikan masalah orang atau berikan sesuatu dekat dia, tapi in order untuk dia betul-betul hargai, dia perlu keluarkan duit dan bayar.
Cuba imagine kereta awak rosak, awak bawak pergi bengkel dan mekanik dekat situ cakap: oh sorry lah saya tak suka nak jual-jual
Kereta awak akan kekal rosak. Tapi kalau dia menjual dan awak beli, masalah awak yang selesai dan dia dapat duit sebab bantu selesaikan. Sekarang reverse the role untuk diri awak.
Hopefully sekarang awak dah ada fahaman baru tentang kenapa pentingnya kita menjual. Kalau nak tahu apa awak boleh jual dan cara nak dapatkan pelanggan pertama, skrol bawah sekali dan cari The Side Hustle Playbook. RM7.99 untuk value RM197 + 5 bonuses.
Apa-apa pun see you next week!
Sekian,
Paeh Brian
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.
Reply