Kalau Nak Sukses Lebih Cepat, Gagal Lebih Cepat

Kalau awak macam saya, mesti awak pernah diberi satu tugasan khas oleh bos awak, kan?

Satu tugasan yang berat - kalau dapat siapkan memang akan disanjung dan silap-silap, naik gaji!

Pagi petang siang malam, kita habiskan masa dan tenaga untuk siapkan tugasan ini. Bila anak ajak main pun kita termarah dia sebab kacau kita buat kerja…

Hari demi hari berlalu dan tibalah masa untuk kita submit proposal yang kita dah siapkan.

Bos panggil kita ke biliknya, mintak kita letakkan proposal tadi dan dengan hanya menyelak 5 muka surat, dia cakap:

Sorry, saya tak boleh terima proposal awak.

Bos

*Crack. Hati kita pecah macam gelas jatuh ke batu…

Kita rasa macam segalanya telah pun berakhir untuk kita dan kita rasa macam kita dah gagal…

Atau mungkin awak pelajar universiti dan pernah buat assignment yang mana pensyarah awak reject? Rasa macam failure terbesar dekat uni, kan?

Tapi sebenarnya satu benda yang kita tak perasan pasal ‘kegagalan’ (ada sebab kenapa saya letakkan dalam pembuka penutup kata) kita lalui ialah we need it in order for us to achieve success.

Ini apa maksud saya…

Realiti Tentang Kegagalan

Daripada kita kecik-kecik lagi, kita diajar yang kegagalan itu satu benda yang kita patut elak sama sekali.

Seolah-olah kalau kita gagal buat sesuatu, kita tak akan lagi berjaya.

Tapi kalau kita kaji orang-orang yang berjaya, semuanya akan cakap benda yang sama:

Fail quickly and fail often

Successful people

Tak kisah lah apa pun maksud kejayaan untuk awak, be it:

  • Buat 5 angka sebulan

  • Ada 100K followers

  • Graduate on time

  • Kerja tetap

Whatever it is, awak still perlu lalui kegagalan. Pandangan saya tentang kegagalan ialah macam ini:

Kalaulah kita gagal buat sesuatu, kita akan belajar banyak benda sama ada patut kekalkan atau elakkan the next time we do it.

Sebagai contoh situasi saya kongsikan awal tadi. Kalau kertas kerja awak buat ditolak, langkah yang awak perlu buat:

Tanya kenapa ditolak » Tanya apa perlu diubah » Tanya apa perlu dikekalkan

And I truly think that is the key to it: asking.

Bila kita gagal buat something, kita kena tanya sama ada pada diri kita atau orang lain apa silap kita buat dan macam mana kita nak buat lagi baik.

Bak kata Henry Ford:

Failure is simply the opportunity to begin again, this time more intelligently.

Henry Ford

Dekat sini saya harap awak ada perspektif baru tentang failure. Ramai orang cakap yang kegagalan itu ‘expensive’ dari segi masa, duit dan tenaga.

But what if ada cara untuk jimatkan semua itu?

How To Fail in a Smart Way

Kita nak gagal dengan jayanya. Walaupun ayat itu pelik untuk kita sebut, tapi nak gagal pun kita kena berjaya buat.

Okay saya tak nak elaborate more on the meaning of that.

Saya pernah tweet out tentang kita sama ada takutkan kegagalan atau takutkan persepsi orang tentang kegagalan kita.

Most likely jawapannya ialah yang kedua, tapi fokus saya hari ini ialah satu quote retweet yang saya dapat:

“Mestilah takutkan kegagalan, ingat tak gunakan duit ke?”

Bila saya baca quote itu, baru saya faham kenapa orang takut untuk gagal - duit, tenaga dan masa yang dihabiskan untuk buat benda itu.

Thankfully, kita hidup di zaman teknologi dan AI yang mana ada cara untuk kita gagal tanpa keluarkan satu sen pun.

Caranya ialah dengan prinsip just do it.

motivational just do it GIF

Simple, kan? But it works.

Kebanyakkan kita (me included), suka nak pastikan semuanya ‘perfect’ dulu sebelum kita nak buat sesuatu.

Nak lancarkan ebook? Kena ada software mahal dulu.

Nak mula exercise? Kena beli mesin treadmill RM3K dulu.

Nak mula sedekah? Kena gaji RM10K sebulan dulu.

Semua ini sebenarnya cuma tanggapan salah yang kita ada. Apa kita perlukan untuk start ialah kehendak.

Katakanlah awak nak lancarkan ebook baru awak, tapi awak tak ada followers langsung. Boleh ke awak launch?

Boleh. Why not? Kalau awak ada 30,000 followers pun, konfirm ke ada orang akan beli ebook awak itu?

Sebab at the end of the day, kalau cara awak buat itu salah, awak masih tak akan boleh jual.

Jadi why not daripada sekarang, awak lancarkan saja ebook itu dan kalau ada orang beli, rezeki. Kalau tak ada? Tanya pada diri kenapa tak ada orang beli.

Kalau awak tengok member inner circle saya Adani Kamal, cuba tengok jumlah followers yang dia ada:

Ada puluhan ribuan pengikut ke? Tak. Tapi sebab dia berani untuk buat dulu dan sanggup untuk gagal, dia berjaya.

Masa dia lancarkan ebooknya, dalam 7 hari, ini resultsnya:

Kita bukan nak gagal selamanya - kita nak belajar daripada kegagalan itu supaya the next kita buat, kita boleh succeed.

And ada masa, the first time itu kita dah pun merasa cebisan kecil kejayaan itu.

So just do it.

Summary & Final Notice

Kita kena ubah persepsi kita tentang kegagalan, dan saya harap apa saya kongsikan hari ini berjaya untuk capai objektif itu.

Betul. Failure hurts, but not as much as regret.

Prinsip yang saya nak sampaikan hari ini simple:

Embrace failure, don’t hate it.

Now of course, kalau boleh kita nak elakkan kegagalan atau at least, ‘gagal denganc ara yang betul’,

Saya cadangkan awak join inner circle saya sebab dekat sana, lagi banyak strategi dan tips saya kongsikan.

Mereka yang join memang menyesal - sebab tak join lebih awal.

Minggu ini kali terakhir saya akan letakkan yuran RM197/tahun atau RM19/bulan. Selepas ini saya akan naikkan ke RM397/tahun atau RM39/bulan.

Ramai yang dah dapat hasil, jadi kita nak kecilkan kelompok.

Dan terakhir daripada saya, saya akan buat cabaran 30 hari selama bulan Ramadan ini untuk tunjukkan macam mana awak boleh gunakan masa rehat awak untuk buat duit.

Apa-apa pun, jumpa minggu depan dan selamat berpuasa!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:

PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Satu panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.

Buku Sell Your Ebook: Panduan lengkap A-Z yang akan kongsikan cara sesiapapun boleh tulis, lancar & jual ebook sendiri untuk buat 4 angka dalam masa 30 hari akan datang dengan hanya 4 langkah mudah.

#SkillSeller Inner Circle: Tempat dimana penjual skill berkumpul untuk sama-sama saling membantu dan memastikan semua orang dapat rasakan nikmat menjual skill - income & impact.

Reply

or to participate.