- Level Up Weekly
- Posts
- Kenapa masa itu sahabat & musuh kita
Kenapa masa itu sahabat & musuh kita
Satu kisah pahit yang saya baru lalui
"Adik, mak jatuh adik"
Itu kata-kata terakhir kakak saya sebelum ending the phone call...
In shock and with everything a complete blur, saya dan abang saya yang bekerja di tempat yang sama, bergegas balik ke rumah.
Sepanjang perjalanan, saya WhatsApp kakak saya. I wanted to know how my mother was doing. The ambulance was late and my father arrived first to the scene.
Kami masih dalam perjalanan lagi dan banyak kereta yang seolah menghalang perjalanan kami...
Ada beberapa traffic light yang kami terpaksa langgar dan sanggup pay the price for it...we wanted to get home ASAP.
Sampai saja di rumah, kami nampak pihak ambulan sedang membawa ibu kami menggunakan stretcher.
It was a sight no son or daughter wanted to see...
Ibu kami dalam keadaan yang nadinya sangat lemah dan sukar untuk bernafas...
Kemudian saya beralih ke arah dalam rumah saya dan saya nampak kakak saya yang seolah-olah hilang arah dan menangis sekeras-kerasnya...
My brother and I calmed her down but she kept saying:
"Depa kata dah tak ada nadi...Depa kata dah tak ada nadi...Depa kata dah tak ada nadi..."
Kami pun kunci rumah dan bergegas ke hospital. Lepas lebih kurang 1 jam, doktor berikan kami berita yang saya tak rasa sesiapa pun nak dengar...
"Mak encik dah tak ada"
Rabu, 11 Oktober 2023, perginya ibunda tercinta, Asma Binti Hassan, pulang ke negara abadi...
Kenapa saya kongsikan cerita ini dengan awak?
Saya cuma ada satu pesanan untuk awak hari ini - dan ini satu pesanan yang kita sebenarnya dah tahu, cuma tak sedar sebetulnya saja lagi...
Orang tua-tua cakap yang masa itu emas.
Ada pepatah lain yang mengatakan emas itu ibarat pedang, kalau kita tak memotongnya, ia akan memotong kita.
Tapi pernah tak kita dalami maksud sebenarnya?
Have we ever given it a longer than a 5 second thought?
Hari ini saya nak ceritakan sikit tentang masa - dan kenapa masa sebenarnya sahabat kita & musuh kita...
...Ibu saya ini memang ada beberapa penyakit, but all of them were under control. Banyak ubatan dan supplement beliau ambil
Selama hampir 9 tahun beliau hidup dengan satu penyakit dalaman yang saya tak mampu nak kongsikan kepada awak - tapi ketahuilah she was dealing with it quite well
Every day saya akan tengok wajah ibu saya sebelum pergi kerja dan even on the day of her passing, beliau masih lagi okay...
Sempat saya cium tangan beliau sebelum pergi kerja dan masih sempat beliau ingatkan saya untuk gosok seluar dulu.
Di sinilah yang mana saya katakan masa itu diluar kuasa kita.
Kita mungkin rasa yang kita masih ada banyak masa dengan orang tersayang, tak kisahlah ahli keluarga mahupun rakan-rakan, tapi sebenarnya mungkin tak sebanyak yang kita jangkakan...
Apabila ada saja peluang untuk call atau bersua, do all that you can to do so.
Salah seorang pensyarah saya dulu pernah cakap:
If you don’t have time, make time.
Baru sekarang ini saya sedar what she meant by that.
Alhamdulillah, saya bersyukur sepanjang PKP dan sehinggalah akhir hayat ibu saya pun, saya dan adik beradik masih sempat ada bersama beliau.
Sempat kami bawa beliau jalan-jalan dan belikan apa yang beliau nak beli.
Ada orang yang hingga hari ini, masih kesal akan kehilangan ahli keluarga tersayang - bukan sebab mereka tak redha, bukan sebab mereka tak dapat menerima hakikat, but because they regret not spending as much time with those they loved.
Saya tak nak sesiapa pun dalam komuniti saya lalui perasaan dan situasi sebegitu...
Luangkanlah masa secukupnya dengan mereka yang awak sayang. Percayalah, you will NEVER, EVER, regret it.
Summary & Final Notice
Having money is good. Tak ada sesiapa boleh nafikannya.
Tapi meluangkan masa dan tenaga untuk mereka yang kita sayang, tak akan pernah ada gantinya…
Kalau sebelum ini cuma balik kampung 1 tahun 1 kali, baliklah lebih kerap.
Masa itu kita tak ada kuasa atasnya, tapi cara kita gunakannya, that we have control over…
Saya harap kisah pahit saya ini boleh buka mata awak untuk hari ini.
Mohon doakan al-Fatihah buat ibunda saya, Asma Binti Hassan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Aamiin~
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:
Buku Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Lebih 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.
The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.
Reply