- Level Up Weekly
- Posts
- Macam Mana Saya Buat RM3330.7 Daripada Tawaran RM7
Macam Mana Saya Buat RM3330.7 Daripada Tawaran RM7
Strategi lengkap untuk tahun 2024
Last month, saya ada buat satu webinar ini. Webinar ini asalnya memang saya nak caj mahal - I know the value I can give.
Tapi sebab kita nak masuk ke tahun baru, saya decide untuk kenakan yuran RM7 sahaja. And of course, I had my own target.
Target saya ialah saya nak buat at least 2.5K. Kalau awak baca ini, mungkin awak akan anggap yang saya gila…
Untuk nak capai 2.5K daripada 7 ringgit, saya perlu dapatkan 357 orang - and I only had 7 days to do it…rasa macam hampir mustahil…
…That is kalau saya actually perlukan 357 orang.
Hari pelancaran webinar itu, jumlah orang yang daftar cuma 55 orang tapi saya buat lebih RM3K.
“Eh biar betul? Takkanlah dari 7 ringgit dan cuma 55 orang daftar kau boleh buat 3k?”
More customers ≠ More money.
Ada cara untuk kita buat lebih banyak duit tanpa perlu cari lebih ramai pembeli untuk tawaran kita.
The answer? Upsells.
Hari ini saya nak guide awak step-by-step macam mana awak sendiri boleh buat benda ini untuk apa sahaja tawaran awak ada.
The Complete Gameplan
Overview
First things first, kita nak tengok dulu overview untuk gameplan ini. Saya percaya kalau awak faham gambaran penuh, it’ll be easier for you to do it.
Here’s the bird’s eye view of what I did:
Fuh. Banyak benda nak kena cover, kan? Don’t worry, I’ll simplify every single part of it.
The Funnel
Gambar atas tadi ialah the complete funnel yang saya gunakan. Ada sikit slack sebab website saya slow dan terpaksa setup guna Onpay.
But still, everything was A-okay.
Dalam ini, ada a few pages yang sangat penting:
Landing Page
Halaman yang ada butiran penuh tentang tawaran kita. Boleh gunakan sistem macam Onpay, Landingram ataupun Canva pun dah boleh.
Apa yang penting ialah kita ketengahkan apa orang nak tahu.
Dalam kes saya, LP ini ceritakan tentang webinar yang berharga RM7 itu.
Order-Bump Page
Halaman tawaran tambahan kita ada untuk buatkan orang bayar lebih dekat kita. Dalam kes ini, saya bagi tawaran khas untuk dapatkan buku Sell Your Ebook yang saya akan launch secara official 25 Januari nanti (butiran dekat bawah nanti).
Checkout Page
Halaman yang mana orang akan isikan butiran untuk buat pembayaran. Halaman ini sebenarnya straightforward.
Saya suka untuk summarizekan balik apa mereka akan dapat dengan bayaran mereka perlu keluarkan.
Thank You Page
Halaman terakhir yang pembeli akan nampak. Halaman ini selalunya saya akan letakkan satu link untuk join support group ataupun saya akan letakkan video untuk ucapkan terima kasih.
The Offerings
Kalau awak perasan, sepanjang funnel dan gameplan ini, ada beberapa tawaran yang saya berikan.
Inilah the secret sauce untuk buat lebih banyak duit tanpa perlu cari lebih banyak pembeli.
It is simple, so simple that people don’t believe in it…
Okay dalam case study ini, ada 3 benda yang saya tawarkan dengan 3 masalah berbeza yang saya selesaikan:
Webinar
Ketahui cara & konsep untuk hasilkan tawaran pertama sendiri
Orang masih tak tahu macam mana nak start jual skill
Webinar ini akan selesaikan masalah itu
Buku
Ketahui cara nak hasilkan ebook sebagai tawaran pertama
Orang dah faham cara untuk hasilkan tawaran pertama
Buku ini akan ajarkan cara untuk tulis ebook sebagai tawaran pertama
Membership
Sertai komuniti yang supportive
Bila habis webinar, orang akan lost & terkapai-kapai
Komuniti ini akan bantu mereka untuk kekal accountable
Saya dah pernah cakap tapi saya nak cakap sekali lagi. Satu benda selesaikan satu masalah spesifik.
Understanding The Numbers
Tadi saya dah ceritakan the complete gameplan yang awak boleh ambil dan tiru.
Sekarang saya nak dedahkan the numbers. The reason for me doing this bukan sebab saya nak show off - I want you to understand what the potential is.
Let’s go into the details:
Webinar: 55 x RM7 = RM385
Book: 26 x RM29.95 = RM778.7
Membership: 11 x RM197 = RM2,167
TOTAL: RM3330.7
Yang paling best ialah RM2,167 itu ialah yearly recurring revenue. Setiap tahun akan masuk jumlah itu if the people stays with my membership lah.
Bila awak nampak angka-angka ini, awak akan nampak what is possible and that sebenarnya, even if kita tak ramai followers, even if pembeli kita sikit, kita still can make good money.
Summary & Final Notice
Sudah pun 8 hari kita masuk ke tahun 2024. Saya nak tanya satu soalan:
“What have you done so far?”
Ramai yang DM saya dekat Twitter dan WhatsApp, cakapkan kan yang mereka nak mula buat duit dengan skill mereka.
Kebanyakannya memang masih lost dan tak tahu the best way to get started.
For the last 6 years, apa saja benda saya nak start buat, the first thing saya akan create ialah ebook. Why?
Mudah untuk nak buat
Semua orang dah biasa
Tak perlu pandai menulis
Tingkatkan trust & authority
Boleh jual atau bagi free
Baru-baru ini saya ada share satu tweet tentang Afnan yang tulis ebook untuk jadikan sebagai freebie. Hasilnya? Dia buat RM7K dalam 7 hari. Gila.
Ini cara Afnan gunakan ebook untuk buat RM7,097 dalam 7 hari:
(Tiru step by step ini untuk buat 4 angka pertama korang)
— Paeh Brian | Sell Your Skill (@thepaehbrian)
11:02 AM • Jan 6, 2024
The problem is: macam mana nak tulis ebook sendiri?
Nak tulis tentang apa? Nak pakai tool apa untuk tulis? Nak launch macam mana?
Boleh cari balik dalam newsletter @ Twitter saya. Dah banyak saya kongsikan before this.
Tapi kalau awak nak the real in-depth guide, saya cadangkan untuk dapatkan buku Sell Your Ebook. Buku ini saya kongsikan cara saya sendiri gunakan untuk:
Buat RM2K dengan 20 mukasurat
Buat RM25K dalam masa 24 jam dengan buku Sell Your Skill
Buat RM25K dalam masa 48 jam dengan buku The E-Commerce Gameplan
Strategi dalam buku ini jugaklah yang Tuan Mu’azh SMACK gunakan untuk buat 5 angka dengan ebook beliau. Edd The Nomad pun gunakan strategi sama.
Ada orang lepas baca buku ini, berjaya buat RM300. Ada yang berjaya buat ebook dan buat RM25. Macam-macam results lagi lah!
Saya cadangkan kalau awak betul nak menjual skill, dapatkan buku ini. Berita buruknya ialah 25 Januari nanti, cuma ada 300 unit secara PREORDER.
Kalau tak nak terlepas, saya sarankan untuk join waiting list dekat sini.
Apa-apa pun, see you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:
Ebook Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Lebih 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.
The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.
#SkillSeller Inner Circle: Tempat dimana penjual skill berkumpul untuk sama-sama saling membantu dan memastikan semua orang dapat rasakan nikmat menjual skill - income & impact.
Reply