- Level Up Weekly
- Posts
- "Market dah tepu" cuma satu ilusi
"Market dah tepu" cuma satu ilusi
“Kau tak payah lah Paeh buat Facebook Ads, dah ramai sangat dah”.
Itulah ayat yang saya dengar 7 tahun lepas. Yang bestnya, hari ini saya masih dengar lagi ayat yang sama daripada rata-rata orang yang bertanya dekat saya.
I understand. Kita ada skill yang ramai orang lain pun ada.
Tapi, itu tak bermaksud yang tak ada tempat untuk kita. In fact, ada cara untuk kita jadi a few steps higher daripada pesaing.
Bayangkan ada 10 kedai burger dekat area awak. Confirm ramai cakap, "Alamak, pasaran dah saturated, mana boleh bersaing…"
Tapi, satu kedai ini burger dia rare sikit, guna daging premium. Satu kedai lagi fokus dekat vegetarian. Ada juga yang fokus delivery semata-mata.
See? Even benda macam burger pun boleh niche down!
“Market dah tepu” sebenarnya satu ilusi saja. Still ada ruang dan peluang untuk everyday people macam awak dan saya untuk dapatkan a piece of the pie.
Yang penting adalah cari your own unique angle. Orang sentiasa nak benda baru, atau cara penyelesaian yang lebih baik. Even dalam pasaran yang ramai orang, you awak masih boleh shine bright like a diamond!
Macam kedai burger tadi, macam mana kita nak ada ‘special sauce’ sendiri?
The 3 Steps
Dalam nak selesaikan masalah ini, ada 3 cara kita boleh buat:
Be specific
Ramai orang bila dia baru nak start, dia nak tolong semua orang. Bagus betul, memang baik niatnya.
But newsflash, Spiderman pun tak dapat nak selamatkan MJ - kita tak boleh nak tolong semua orang! Kita kena jadi specialist - fokus pada certain parts saja.
Contoh:
A: Kurus tanpa diet
B: Kurus tanpa exercise
Beza kan? Sebab beza inilah awak akan stand out!
You are a specialist
Imagine awak pergi ke doktor general sebab sakit lutut. Dia buat check up dan dia nampak yang awak punya lutut perlu dibedah.
Adakah dia akan proceed atau hantarkan awak kepada pakar?
Of course dia akan buat pilihan kedua sebab dia tak boleh selesaikan masalah itu. And YOU are the same.
Awak kena pilih apa masalah yang awak nak selesaikan. Ada beza antara:
A: Lapar
B: Dahaga
Both dalam satu bulatan sama, tapi masalah berbeza yang perlukan solusi berbeza.
The YOU Factor
Saya dah sebut banyak kali - tapi I will still continue to do it!
Orang beli daripada kita sebab…wait for it…KITA. Cuba tengok list YouTube channels atau TikTok accounts yang awak follow. 100% sebab awak suka orang itu.
Suka sama ada:
How that person speaks
How relatable that person is
How that person positions him/her self
MUSTAHIL and I mean MUS.TA.HIL kalau tak ada orang langsung sukakan cara awak. Think about zaman sekolah dulu ada cikgu kita suka dan ada cikgu yang kawan kita suka.
Different people = different likability.
Summary & Final Notice
The next time awak cakapkan lagi pasal tepunya skill awak ini, saya upfront akan cakap awak cuma malas untuk berfikir.
Agak kontroversial, tapi let’s face it, itulah realitinya. You still have time. Saya habiskan masa bertahun-tahun untuk faham benda ini, tapi awak boleh jimatkan all that time.
To sum up, ini versi TL;DR:
Sebenarnya tak wujud istilah tepu
Kena be specific siapa awak boleh bantu
Pinpoint the exact probelm awak boleh selesaikan
Jangan jadi orang lain dan instead, fokus jadi diri sendiri
Saya dah berikan cheat code untuk awak level up hari ini. Now go and do it.
See you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, here’s some resources untuk bantu awak capai RM10,000 pertama dengan skill awak: |
PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan. |
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri. |
#SkillSeller Inner Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. |
Reply