- Level Up Weekly
- Posts
- The ONE Thing yang Bantu Saya Buat 5 Angka
The ONE Thing yang Bantu Saya Buat 5 Angka
Apply benda ini sekarang
Saya yakin. Ramai dekat luar sana (mungkin awak jugak) nak merasa buat 5 angka. Tak kisahlah per month atau per year.
Tak ada siapa yang tak nak duit, kan? It is not everything but everything needs it.
Saya ingat lagi hujung tahun 2017, saya tetapkan satu niat untuk nak merasa buat 5 angka sebulan. Awal tahun 2018, I started my journey.
And boyyy it was a long one. Tapi apa yang menarik, saya tak dapat merasa 5 angka sebulan sampailah tahun hujung 2019 dan masuk ke 2020.
Dan what was interesting is that:
Saya tak ubah apa saya jual, masih skill Facebook Ads
Saya tak cari lebih ramai pelanggan untuk offers saya
Tapi ada satu benda yang sangat UNDERRATED yang saya buat, which kalau awak mula buat hari ini, awak akan dapat capai 5 angka tak lama lagi.
Benda itu ialah having 3 offers.
Kenapa underrated? Sebab kalau awak tengok most businesses, kebanyakannya akan ada satu main thing saja.
Kita tolak tepi lah kedai makan semua itu, aku cepuk kang hahaa.
Bila saya mula implementkan kaedah ini, I was set. Saya tak perlu grind lebih lagi, tapi jumlah duit yang saya buat bertambah.
Let’s go over the details:
The 3 Offers
Dalam menjual skill, ada 3 jenis tawaran yang kita perlu wujudkan kalau nak buat 5 angka sebulan:
Low-End
Ada orang panggil tripwire, ada orang panggil low-hanging fruits. Saya nak panggil low-end and you can’t stop me!
Basically dekat sini, kita createkan tawaran yang mana harga dia rendah tapi masih lagi selesaikan SATU masalah spesifik.
Contoh:
Skill: Microsoft Excel
Problem: Manual data entry via copy paste - lambat
Solution: Gunakan formulas
Kita akan create ebook ke, webinar ke atau course untuk sharekan solution tadi secara step-by-step.
Range harga ialah RM19-RM97.
Main
This is the main money-maker sebenarnya. Apa saja content, ads atau JVs kita buat, kita akan tarik ke main ini.
It becomes a Sales Circle - a thing for another day.
Main ini kita cuba nak solve a problem that is bigger and deeper berbanding low-end tadi, which means that kita akan dibayar lebih mahal.
Usually kita akan buat group coaching atau some sort of community.
Range harga ialah RM97-RM497.
High End
Ahh, bayangkan bangun pagi masuk RM1,300 ke akaun bank. Orang Kedah kata, syahduuuu~
Masa saya giat buat servis Facebook Ads, boleh kata seminggu sekali masuk amaun macam itu - sebab saya selesaikan masalah yang paling besar.
High End ini usually kita buat personal coaching atau direct done-for-you service.
Range harga ialah RM497-unlimited. I’ve seen people charge RM15K untuk servis.
How Can YOU Do This?
Sekarang awak dah jelas tentang 3 offers itu - but now what? Awak mungkin terfikir; “Macam mana aku nak implement?"
It’s pretty simple dan ada a few steps saja:
Step #1: Listing out ALL problems
Pergi directly kepada pelanggan sedia ada
Tanyakan apa lagi masalah yang mereka tengah ada
Mintak mereka rate beratnya masalah dari 1-5 setiap satu
Based on that, awak akan nampak which goes with which tawaran.
Step #2: Creating the solutions
Tuliskan setiap masalah atas kertas
Senaraikan steps apa awak buat untuk solvekan
Createkan frameworks untuk setiap satu solution awak
Sekarang awak dah ada module untuk setiap satu offer.
Step #3: Beta launch
Pergi balik ke pelanggan tadi
Ceritakan offer baru kita ada ini
Tengok apa objection dan jawab
You now know what to overcome.
Summary & Final Notice
It is not about HOW MUCH CUSTOMERS we have, but about HOW MUCH THEY SPEND with us.
Saya pernah tengok satu video dekat YouTube yang mana seorang lady ini buat $1M a year. Berapa client dia ada? ONE FREAKIN CLIENT!
Kalau awak implementkan semua ini, 5 figures is just around the corner. But what if, awak perlukan guidance?
Saya dalam proses nak open my first high-end program untuk bantu awak buat 5 angka sebulan; The Final Level Project.
It is a 12-week bootcamp secara online. 90 minit seminggu dengan topik baru setiap minggu berfokuskan ACTIONABLE STEPS. Tak ada sembang teori - semua based on 7 years of trial & error.
Tapi bukan untuk semua orang. Requirements are:
Dah pernah AT LEAST 4 angka sebulan
Boleh spend 90 minit seminggu selama 12 minggu
Memang nak buat 5 angka/bulan, tak rasa terpaksa atau FOMO
Yurannya RM997 dengan option payment plan 3x.
And dia focus group, jadi saya tak akan ambil ramai sangat. Kalau awak berminat dan nak pergi ke the final level, KLIK SINI UNTUK JOIN WAITING LIST.
Apa-apa pun jumpa next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, ini cara saya boleh bantu awak capai RM1,000 pertama dengan digital product awak:
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.
Reply