- Level Up Weekly
- Posts
- Rahsia Buat RM500 Dalam Masa 7 Hari
Rahsia Buat RM500 Dalam Masa 7 Hari
A simple 5-step blueprint
Kalau awak ada 30 minit sehari, awak boleh buat RM500 dalam masa 7 hari. Mungkin awak rasa macam tak possible, tapi dulu orang cakap electric vehicle tak akan boleh sustain - look at them now eh?
Straightforward, no fluff.
Ada 5 langkah untuk awak follow dan terus buat. And sebelum awak cakap salah satu daripada ayat-ayat ini:
Saya tak ada followers ramai - Awak cuma perlu 50 orang saja
Saya tak ada masa - Nak buat duit ke tak? Kalau ‘Nak’, find the time
Saya tak tahu skill saya - Baca dekat bawah kejap lagi
Listen. It’s either awak nak ataupun awak tak nak. Selain daripada itu, semuanya benda-benda yang awak patut letak tepi.
Dan ini bukan skim cepat kaya. Kalau itu yang awak cari, lebih baik awak tutup sajalah posting ini dan pergi makan ketupat balik.
The 5 Steps
Untuk awak buat RM500 dalam masa 7 hari, ada 5 langkah yang awak perlu follow.
Saya akan sharekan secara detail - boleh ambil pen dan kertas.
Step #1: Choosing A Passion or Skill
Bulan 2 tahun 2024 cukup setahun saya bercakap pasal menjual skill. Dalam masa setahun ini, saya sentiasa dapat soalan yang sama:
Macam mana saya nak tahu apa skill saya ada?
Sebelum ini saya sharekan kaedah Deduction-Scoring. Kita nak adjust sikit kepada something simpler: The Circle Method.
Ambil sehelai kertas
Lukiskan 3 bulatan yang bersilang
Dekat setiap bulatan, letakkan 1 daripada 3 soalan ini:
What am I good at?
What do people ask ME for help with?
What do I love learning about even in my free time?
Senaraikan dalam setiap bulatan itu - JANGAN SELF-CRITICISE
Tuliskan segala intersections
Sekarang awak dah jumpa the one thing untuk awak fokuskan. Pastikan it is something yang awak suka.
Andainya tak suka, do it again - sampailah awak jumpa something yang awak rasa boleh buat berterusan.
Step #2: Finding ONE problem to solve
Kita nak jimat masa dan nak pastikan segalanya efisyen - jadi kita nak cari satu saja masalah buat masa ini.
Awak boleh fikir balik masalah apa awak pernah selesaikan untuk diri sendiri.
Tapi kalau benda itu akan makan masa awak, then boleh proceed dengan the next one which is Social Media Hacking.
Quora/Reddit: Masuk kepada kedua-dua platform ini dan cari berdasarkan topic/niche. Contoh ‘video editing’, ‘fitness’ dan lain-lain.
Facebook Group: Cari groups dekat Facebook berkaitan skill atau passion awak tadi dan kaji soalan-soalan orang.
Again, SATU. SOALAN. SAJA. Awak tak payah nak serabut cari 20-30 masalah, satu pun belum tentu nak buat!
Step #3: Creating your module
Untuk blueprint ini, kita nak buat webinar. Tapi module kita susun ini, awak nak buat ebook boleh, nak buat course pun boleh. Terserah mu lah!
Bagi module, kita nak gunakan A-to-B Method.
Ada 3 elemen saja:
Point A: Problem
To: Steps
Point B: Outcome
Contoh:
Point A: Baju Raya mahal, nak jahit sendiri tapi tak pandai
To:
Tentukan warna
Tentukan design
Cari jenis kain
Gunting kain
Jahit
Point B: Baju Raya sekeluarga sedondon dengan lebih murah
Of course contoh saya bagi ini simplified version. Janganlah pembaris sangat weh T_T.
Now module awak ialah semua yang awak dah list dekat ‘To’ tadi. Kalau ada 5 steps, maka 5 lah module. It’s as simple as that!
Step #4: Naming your module
Saya nak bagitahu satu rahsia dekat awak:
Kebanyakkan kelas, ebook atau program adalah sama, dipakej dengan nama berbeza
Nama yang berbeza inilah yang buatkan ia jadi unik. Plus, the fact that yang buatnya ialah awak.
Comparekan kalau Khairul Aming buat kelas bisnes versus Aliff Syukri buat kelas bisnes - KA akan ramai orang join sebab suka cara dia.
Nak namakan module ini senang saja. Awak boleh guna ChatGPT untuk bantu awak. Tanya saja dekat dia:
Give me 5 names for my module that teaches how to solve [problem] and get [outcome].
Pilih salah satu yang awak rasa best.
Step #5: Building hype
Bila kita ada something new, kita kena bina hype. Ingat saja-saja ka Elon Musk pergi bagi pecah tingkap Cybertruck?
Semuanya untuk bina hype - awak pun boleh buat benda yang sama.
Awak cuma perlukan a few things:
Social Media: Awak akan buat content/posting setiap hari menuju ke hari pendaftaran
Waiting List: Buat satu kolam dekat WhatsApp group atau Telegram channel untuk orang berkumpul dan tunggu
Bab content atau posting itu, here’s a few things awak boleh share:
Case Studies: Kalau awak pernah tolong orang lain dah buat, sharekan sebagai case study
How-To: Share pasal something specific dengan cara-cara nak buatnya - mesti berkait dengan skill awak
Mitos: Mungkin ada mitos yang sebenarnya tak betul, tapi orang percaya - pecahkan mitos itu
3 ini cara terbaik untuk tarik minat orang. Saya buat cara sama untuk grow daripada 0 ke 9,396 followers dekat Twitter dalam masa 14 bulan.
Summary & Final Notice
The last step ialah untuk awak deliver webinar itu. Bab itu saya tak perlu nak cerita sini sebab awak just kena sharekan module tadi.
Ramai yang tanya saya bila nak buat next workshop - jadi saya ingat nak buat satu 27/4 nanti dan share terus in detail pasal blueprint sama.
Awak boleh saja ambil apa saya share hari ini dan pergi buat terus - mungkin jadi ataupun tak based on experience dan masa awak ada.
Tapi kalau awak nak ensure peratus untuk benda ini menjadi lebih tinggi, saya cadangkan awak untuk join workshop ini nanti.
Buat masa ini yuran saya belum letakkan - tapi yang saya tahu, valuenya pasti 5x daripada yurannya, macam sebelum-sebelum ini.
Awak boleh join waiting list dekat sini untuk info seterusnya nanti.
Ada 2 sebab awak perlu join waiting list:
Limited slots: Saya buka workshop untuk 100 orang saja dan kita ada beribu yang berminat dan perlukannya
One day only: Saya buka pendaftaran satu hari saja 25hb nanti - awak tak nak terlepas
Apa-apa pun, this is the cheat code untuk awak level up hari ini.
See you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, here’s some resources untuk bantu awak capai RM10,000 pertama dengan skill awak:
PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.
#SkillSeller Inner Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit.
Reply