Rahsia Kepada Menjual Skill: Staying Authentic.

Cara simple tapi orang rasakan macam ia tak betul...

“Paeh, macam mana saya nak jual skill saya kalau dekat YouTube dah ada, dekat Google pun belambak orang bagi free?”.

Ramai sangat-sangat yang tanyakan soalan yang sama dekat saya - and I 100% understand the reason why.

In fact, baru-baru ini dalam premium training saya pun, saya dapat soalan yang sama jugak…

Bertahun-tahun jugak soalan yang sama bermain dalam minda saya…

I’m not special…

Skill aku dah ramai orang lain jual…

Aku cuma tahu asas je…

Bila soalan-soalan ini bermain dalam minda saya, I got to work and saya study beberapa orang yang famous & trending macam:

  • Khairul Aming

  • Faiz Misi Rakyat

  • Azri Walter

  • Mekyun

  • KJ & Shahril

Kalau kita tengok orang-orang saya listkan dekat atas ini, awak setuju tak yang apa skill mereka jual sama saja macam orang lain?

Khairul Aming - Cooking
Faiz Misi Rakyat - Apps Development
Azri Walter - Business & Motivation
Mekyun - Entertainment
KJ & Shahril - Political Analysis

Apa yang special sangat tentang diri mereka ini? They came from the same humble beginnings we did.

Saya mencari jawapan kepada soalan ini…and when I almost nak give up, saya jumpa jawapannya melalui mentor saya di US (saya sayang dia sebab dia sokong Palestine & hormat orang Islam❤️).

Dalam video yang dia buat, dia cakap…

"I will no longer help people that sell X, Y & Z. It is against my principles."

Mentor Paeh

Masa itulah saya dapat my ‘aha moment’, like masa kita tengah scroll phone and tiba-tiba terjatuh atas muka punya tamparan.

Saya dah jumpa jawapan kepada soalan kita and sebab kenapa:

  • Senang dapat trust orang

  • Boleh bina a 'money' brand

  • Buat duit kepuk-kepuk

Jawapannya? Staying authentic.

Pernah dengar pepatah lama; Just be yourself?

Mungkin kita pernah dengar tapi kita tak pernah ambil port and we neglect it. Kita sekadar masuk telinga kanan and keluar telinga kiri.

Cuba kita tengok orang macam Khairul Aming - setiap videonya menggunakan cara yang sama, susunan yang sama & gaya yang sama.

That is staying authentic.

Atau kita tengok orang macam Faiz Misi Rakyat yang mana love him or hate him, kita nampak yang dia jelas dengan misinya untuk bantu rakyat.

That is staying authentic.

Orang macam Mekyun yang tak tinggalkan loghat Kelantan dalam apa sahaja video yang dia buat.

That is staying authentic.

Kalau saya reflect balik, my life as a #SkillSeller is no different...

For the first few years dengan menjual skill FB Ads saya, saya hidup dengan "the sifu life" - jadi seolah someone yang placed on a pedestal and sangat profesional.

After awhile, saya jadi penat. Burnout. Depressed. Malas lagi nak buat benda yang sama.

But why? The money was good.

Simple. I wasn't being myself. Saya hidup disebalik bayangan seorang ‘sifu’ yang honestly saya cakap yang I hated it wholeheartedly!

“Fu boleh ajar saya tak?”, “Fu kalau macam ini buat apa ya?”. It was stressful as heck hidup dengan orang rasakan kita tahu jawapan semua benda…

Bila saya kembali kepada pangkal jalan and became my real self, I realised something:

Orang masih akan tak suka kita. People still hate me for no absolute reason - and the same goes to you as well. Ada orang akan benci awak tanpa sebab tapi tak bermaksud you are in the wrong.

Tapi kali ini, saya lebih selesa dan in fact, lebih happy.

The money is still good but the peace of mind is wayyyyy higher.

Salah satu sebab kenapa saya rasa menjual skill ialah cara yang terbaik untuk buat duit + berikan impak ialah kita in control of everything.

  • Berapa kita nak caj

  • Siapa kita nak bantu

  • Bila kita nak & tak nak buat

Everything is in our control - which means kita akan kekal authenticity diri kita.

Plus setiap orang tu unik walaupun ada skill yang sama tapi cara tetap berbeza.

Cuma mungkin awak tertanya-tanya, macam mana awak nak ada & kekalkan your own authenticity?

Awak perlu ada prinsip & mesej.

Your Principles in Life

Semua orang rasa mereka ada prinsip hidup sendiri. Tapi realitinya, ada ramai yang ada prinsip sama macam kita.

Inilah sebab kenapa kita boleh bina tribe kita sendiri dan make money while doing it.

Kita mesti tahu apakah prinsip yang kita boleh put on the table untuk orang dapat relate & ‘jatuh cinta’ dengan kita.

Sebagai contoh saya sendiri ada 10 prinsip yang saya selalu sampaikan:

  1. Serve first

  2. Be transparent

  3. Create passive income streams

  4. Continual learning

  5. Empathy and connection

  6. Ethical marketing

  7. Family first

  8. Embracing failures

  9. Staying authentic

  10. Give back

Kalau perasan, saya sentiasa selitkan prinsip-prinsip ini dalam posting saya and even sambil awak tengah baca ini pun ada saya selitkan (agak-agak yang mana satu?).

Prinsip-prinsip inilah yang akan jadikan kita authentic dan humanlike. Gone are the days yang mana orang membeli hanya kerana ada diskaun 50% atau ada buy 1 free 1.

Kita hidup di zaman yang mana orang membeli skill kita sebab dia suka & percaya dekat kita. Tolong ingat ini sehingga hari awak tinggalkan muka bumi.

Bila kita dah ada prinsip-prinsip, kita kena ada stories yang boleh kita kaitkan dengan prinsip itu.

Your Stories

Facts tell, stories sell

Kita kena terima hakikat yang sebab utama kita sendiri jatuh cinta dengan our fav influencers is because of their story.

Khairul Aming? Kisah dari mula dia nak cuba jual sambal nyet tapi tak jadi.

Azri Walter? Kisah dia menjual di tepi-tepi jalan sambil bekerja kerajaan.

J.K Rowling? Kena reject 12 kali sebelum dapat publish Harry Potter.

Paeh Brian? Cuba bermacam cara nak buat duit sampai kena scam sebelum jumpa cara jual skill.

Sebelum awak tolak idea ini mentah-mentah sebab awak rasa hidup awak bosan - itulah sebab orang akan boleh relate dengan awak!

Cuba tengok orang-orang saya sebutkan dekat atas tadi balik. Kenapa kita suka mereka? Sebab cerita hidup mereka relatable!

Kalaulah KA payung gambar rumah banglo 37 tingkat, adakah kita akan still sukakan beliau? Most likely tak.

Setiap satu prinsip awak senaraikan, awak perlu cari satu cerita dari hidup awak yang boleh awak kaitkan dengannya.

Contoh saya sendiri:

  • Embracing failures as a Learning Opportunity - Kisah saya gagal satu paper semasa diploma

  • Empathy and Connection - Kisah student yang sayangkan saya hingga ke hari ini walaupun saya cuma pergi praktikal 4 bulan

Untuk nak menulis story awak, awak boleh gunakan format ini:

  • Hook

  • Story

  • Principle

  • Offer

Boleh rujuk contoh saya buat di bawah ini.

Nota: Emel ini pun gunakan format sama hihi~

Summary & Final Notice

Nak menjual skill sebenarnya tak susah…just be yourself.

Stay authentic to your principles and tell stories yang relevan dengan setiap prinsip awak itu.

Tak. Awak mungkin tak akan dapat ratusan ribuan followers. Tapi awak akan boleh bina satu tribe yang akan serahkan duit pada awak.

Macam mana saya tahu? Well look where we are right now.

Sekarang awak dah tahu cara nak buatkan your buyers fall in love with you. Next? Actually doing it lah~

Mungkin awak ada rasa sedikit overwhelmed sebab tak pernah dengar lagi konsep macam ini, kan? Well saya pun bayar mentor dari US untuk dapat tahu benda-benda macam ini hahaha!

Bulan depan saya akan buat satu workshop untuk kongsikan cara awak sendiri boleh. Yurannya mungkin RM497. Tapi awak boleh dapatkan secara PERCUMA - ini caranya.

Hujung bulan ini saya akan buka semula akses kepada inner circle saya. Semua members akan dapat AKSES PERCUMA kepada workshop itu. Yuran untuk membership ini RM397/tahun - tapi saya akan berikan 51% price cut.

The catch? Saya akan berikan kepada 20 orang sahaja…

Kalau awak tak nak terlepas, saya sarankan JOIN WAITING LIST DEKAT SINI untuk stay up to date. Sekarang pun ada hampir 50 orang dalam sana~

Apa-apa pun, see you next week!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is all you need~

Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:

  1. Buku Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Lebih 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.

  2. The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.

Reply

or to participate.