- Level Up Weekly
- Posts
- Saya Lancarkan Kelas Baru & Ia Gagal
Saya Lancarkan Kelas Baru & Ia Gagal
Ini sebab kenapa untuk awak elakkan terjadi benda sama
Minggu lepas saya ada lancarkan satu kelas baru. Kelas ini saya buka khas untuk orang-orang yang nak belajar Facebook Ads.
Kalau awak dah lama berada dalam komuniti kita ini, over the past 6 years memang saya menjual knowledge saya dalam bidang itu.
Tapi bila saya stop bulan Februari lepas sebab nak fokuskan pada segment Sell Your Skill, memang saya tak ada sharing or anything related to it.
Kemudian timbul satu idea untuk saya buat kelas itu.
Dalam masa 7 hari, saya setup all that was required untuk launching:
Kolam - Telegram Group
Landing Page - Wordpress
Marketing - Facebook & Email
Target saya untuk kelas itu sangat simple: 50 orang.
Sebelum ini saya pernah buat kelas yang lebih ramai orang daftar - ada masa sampai hampir 200 orang.
It was gonna be easy. Aku dah bertahun-tahun cakap pasal benda ini, tak ada masalah haih, saya monolog seorang diri.
Selama 7 hari saya pun buat konten di FB saya & juga saya blastkan kepada database saya dekat email.
The funnel was simple:
FB Post → Landing Page (Daftar waiting list) → Telegram Group
Funnel ini tak pernah lagi tak menjadi. Usually saya akan at least cecah 4 angka dengan funnel ini setiap kali saya launch apa-apa offer baru.
2 jam sebelum hari pelancaran, saya pun buka Telegram untuk tengok berapa ramai orang yang dah join.
And it gave me the biggest reality check I’ve had in my life…
16 orang. Cuma ada 16 orang dalam group itu.
Eh 16 orang je? Wait mesti ada something wrong. Mungkin orang tak join group tapi still daftar waiting list
Saya pun pergi cek borang waiting list…dan masih sama…
Cuma ada 16 details yang terisi dekat situ…
Saya terkedu…
Dekat mana silap saya? Saya dah buat konten, saya dah blast email, saya dah hantarkan dekat kolam saya.
Bila sampai waktu launch, cuma 10 orang yang daftar…
What went wrong!? Aku dah buat benda ini berkali-kali! The only thing different now is that…
Masa itulah saya tersedar something. There was only one answer to it.
Kalau awak perasan dekat awal tadi saya ada sebut yang saya stop bercakap tentang Facebook Ads bulan Februari dulu.
Sekarang ini dah pun bulan November. Hampir 10 bulan saya tak pernah share anything related to that topic.
Orang dah pun lupa. Orang ingat saya dah pun tak up-to-date dengan apa yang berlaku dalam bidang itu. Orang ingat saya tak ada new results untuk sharekan.
Jadi bila saya start bercakap balik about it? The only logical thing for them to do is:
Do nothing and not care about it.
Awareness tak ada. Trust tak ada. Bila dua benda ini tak ada, mereka tak akan bayar walaupun kelas cuma RM49.
Macam mana awak boleh elakkan benda ini?
Follow ‘The Rule of One’ Method
Kaedah ini kita nak cakap tentang ‘fokus’. Think about it. Saya ada dua benda yang saya kena sentiasa sampaikan dekat orang:
Facebook Ads
Sell Your Skill
Dua benda ini adalah totally different things - dengan totally different audiences.
Disebabkan inilah saya tak dapat nak fokus betul-betul sebab saya terpaksa bahagi masa untuk fikirkan idea dan launch it.
Tambah pula dengan saya sedang bekerja - memang berceramuk!
So what is the rule of one method?
One Skill - Fokus kepada satu skill sahaja, tak kisahlah apa sekali pun
One Offer - Mula dengan satu tawaran sahaja dulu (Ebook, course, webinar etc)
One Audience - Satu segment audience yang kita nak bantu
One Platform - Satu platform untuk kita jadi authority
One Messaging - Satu mesej yang jelas jadi pegangan kita
Semua ini akan memastikan you boleh fokus.
Jangan sesekali lari daripada mengikut benda ini. Saya tahu awak ada banyak kebolehan - cuma saya tak nak awak gagal semua sekali.
Summary & Final Notice
Dalam kita nak menjual skill kita, cuma ada satu benda yang ramai orang tak boleh buat yang menyebabkan mereka gagal:
Fokus.
Kita akan cakap yang kita tak ada masa, kita ada benda lain nak buat ataupun life got in the way…
Tapi kenapa ada orang lain yang boleh buat? Kenapa ada pelajar universiti yang belajar di UK boleh buat 4 angka pertama dalam masa 30 hari?
Kenapa ada pensyarah boleh buat kelas masa hari cuti dan buat RM4,000 sebulan sebagai side income?
Semuanya tentang fokus.
Focus and simplicity…Once you get there, you can move mountains.
Tapi saya faham, nak kekal fokus kita sebenarnya perlukan 2 benda:
Coach yang akan sentiasa push kita
Circle yang akan sentiasa backup kita
Hanya sebab saya ada dua inilah, saya boleh buat 5 angka sebulan dengan skill saya ada.
Dan sekarang saya nak berikan pulak dengan awak.
30hb nanti saya akan reopen membership kepada #SkillSeller Inner Circle. Sebelum ini saya caj RM397/year - tapi for a limited time, saya akan berikan price cut 51%.
Plus semua yang daftar hari itu, akan dapat buku terbaru saya Sell Your Ebook (Bernilai RM97) secara percuma.
Price cut ini adalah terhad ya dan kalau awak tak nak terlepas, saya sarankan awak JOIN WAITING LIST DI SINI.
Apa-apa pun saya akan jumpa awak next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready nanti, here’s some resources untuk bantu awak start jual skill awak DENGAN BETUL:
Buku Sell Your Skill: Panduan lengkap A-Z dengan framework 5S yang saya sendiri gunakan untuk jual SATU skill saya ada bermula dari dekat universiti lagi hinggalah hari ini dan buat 6 angka setahun. Lebih 400 unit telah terjual dalam masa 2 bulan.
The Sell Your Skill Podcast: Podcast dengan tetamu jemputan yang kongsikan macam mana mereka sendiri jual skill mereka and build a name for themselves.
Reply