• Level Up Weekly
  • Posts
  • Sebab #1 Awak Tak Dapat Monetizekan Skill Awak & Cara Nak Betulkannya

Sebab #1 Awak Tak Dapat Monetizekan Skill Awak & Cara Nak Betulkannya

Atasi masalah ini dengan cepat dan awak pasti boleh buat duit from day 1

Pernah tak awak rasa macam susah giler nak monetizekan skill awak? Berita baiknya ialah, bukan awak seorang saja yang rasa macam itu.

Ramai orang hadapi masalah nak tukarkan passion dan talent mereka kepada duit. Dan selalunya, ada satu punca utama saja: mereka tak gunakan approach yang betul.

The #1 Mistake

Kebanyakkan orang akan fokuskan pada skill dan monetize kemudian. They assume yang kalau mereka bagus dalam sesuatu, secara automatik mereka akan boleh buat duit. Malangnya, dunia tak seindah itu…

Saya faham. Awak mestilah nak jadi pakar. Nak jadi sumber rujukan utama dalam bidang skill awak.

Masa saya start untuk promotekan skill saya, saya pun fikir benda yang sama.

Kalau nampak macam expert, mesti semua orang akan datang serahkan duit dia.

Tapi apa yang berlaku ialah, orang sebenarnya tak peduli sama ada kita ini pakar atau pun tak.

Apa yang mereka nak ialah hasil yang kita berikan daripada skill kita.

Think about it.

Bila kita upah orang untuk mesin rumput rumah kita, pernah tak kita tanya berapa lama dia habiskan untuk master skill itu?

No.

Pernah tak kita tanya, berapa tahun experience dia?

No.

Mungkin awak akan counter dengan, “Oh Paeh, itu kalau hard skill. Kalau soft skill lain!”

Really? When was the last time awak tanya doktor awak, berapa lama experience dia ada?

You could have a new doctor yang baru masuk kerja on that day, tapi kita akan still bayar dia untuk skill dia.

But why?

Sebab kita bayar dia untuk dia selesaikan masalah kita. Itulah the hard, cold truth.

The Imposter Syndrome

Konsep imposter syndrome ialah kita rasa macam kita menipu diri sendiri. Kita tak percayakan diri kita boleh buat sesuatu benda.

Mungkin ada orang cakap yang kita good in something, tapi internally kita rasa macam kita ini nothing special dan takut didedahkan sebagai penipu.

Kenapa kita rasa macam ini?

One big reason is kita rasa macam kita tak cukup bagus.

Saya pernah lalui fasa ini. Kadang-kadang masih ada lagi, tapi ada satu quote yang sangat best untuk awak:

Never think that you’re not good enough yourself. A man should never think that. People will take you very much at your reckoning.

Anthony Trollope

Bila kita rasa macam kita tak bagus, cara kita bercakap, cara kita berfikir, cara kita buat sesuatu akan reflect that. Kemudian orang akan percaya kita tak bagus.

Tapi bila kita rasa macam kita bagus, cara kita bercakap, cara kita berfikir, cara kita buat sesuatu akan reflect that. Kemudian orang akan percaya kita sebenarnya tahu what we’re doing.

Kita tak perlu jadi pakar from day 1. Kita cuma perlu a few steps ahead daripada audience kita.

Any expert was once a beginner.

Being good is okay. Being great is even better! Tapi apa paling penting ialah knowing siapa kita boleh bantu dan apa solusi yang kita berikan.

Saya ada seorang kawan. Skill dia ialah melukis anime. Dia memang sangat berbakat. Saya tunjukkan satu hasil kerja dia;

Cc IG war_artworks

Masa dia nak get started, dia hadapi masalah sama macam ramai orang.

Ada ke orang nak beli lukisan aku?

The biggest enemy of success is doubt. Bila kita mula sangsi dengan skill kita, we have already lost the battle…

Saya cakap dekat dia untuk cuba dulu. Kalau tak ada orang nak pun, dia tak rugi apa-apa!

Now? Dia buat USD50-USD100 per commission. Gila!

But semua itu tak akan mungkin jadi realiti kalau dia asyik fikir dia tak bagus dan tak ada orang nak beli lukisan dia.

The key is to get started.

Summary & Final Notice

Start lah dari hari ini.

Tak ada erti masa yang sesuai dan tak ada erti cukup hebat.

The best time to plant a tree was 20 years ago, the second best time is today.

Saya yakin, mungkin awak rasa macam akan gagal.

Ingat. Mesej yang saya bawa ialah, awak tak perlu pun nak berhenti kerja atau drop out dari universiti.

You still have your safety net.

Mesej saya ialah selling our skill for additional income.

Boleh boleh?

Saya nak minta tolong sikit!

Macam saya beritahu sebelum ini, hujung bulan saya akan launch buku terbaru saya.

Bila nak launch buku, kenalah ada branding sikit.

Jadi boleh saya minta awak votekan logo mana yang cantik?

Boleh ke SINI untuk vote. Saya minta tolong sangat-sangat 🙏

Sekian,

Paeh Brian
One skill is you need~

Reply

or to participate.