• Level Up Weekly
  • Posts
  • The Anatomy of a Perfect Lead Magnet: Cara Hasilkan Lead Magnet yang Orang Suka

The Anatomy of a Perfect Lead Magnet: Cara Hasilkan Lead Magnet yang Orang Suka

5 langkah simple untuk siapkan hari ini

Lead magnet merupakan satu tool yang boleh bantu anda bina email list anda dan tarik lebih ramai bakal pelanggan. Tapi masalah yang ramai orang hadapi, macam mana nak create lead magnet yang ‘perfect’?

Dalam post kali ini, saya akan rungkaikan anatomi untuk hasilkan lead magnet dan macam mana awak boleh siapkan hari ini!

Apa Sebenarnya Lead Magnet?

Satu-satu lead magnet itu ialah insentif yang kita tawarkan kepada audience kita sebagai exchange untuk contact information mereka, usually email dan phone number.

Ada macam-macam jenis lead magnet kita boleh berikan selagi mana ia valuable (Saya bold maksudnya penting!) dan menarik bagi audience kita

5 Langkah Hasilkan ‘Perfect’ Lead Magnet

As always, saya nak awak boleh terus take action. Daripada saya ceritakan saja, lebih baik I show you the steps.

Kalau awak follow steps ini, awak boleh siapkan lead magnet dalam masa 1 hari saja. Jangan terlalu overthink it.

Step 1: Kenalpasti target audience

Dalam proses menghasilkan lead magnet kita, kita kena sentiasa ingat siapa orang yang perlukan lead magnet itu.

Sangat-sangat crucial untuk faham apa masalah mereka lalui, cabaran mereka dan kehendak mereka.

Info-info macam ini akan bantu kita hasilkan lead magnet yang lebih berkualiti dan kita sentuh satu-satu topik secara spesifik

Step 2: Pilih satu spesifik item

Setiap lead magnet yang kita buat, kita kena make sure kita bercakap tentang satu benda spesifik saja.

Contoh:

  • Target audience: Pemilik kucing yang nak grooming kucing sendiri

  • Lead magnet: Cara grooming kucing sendiri di rumah tanpa alatan mahal

Satu spesifik item untuk satu lead magnet.

So maksudnya kena buat banyak lead magnet ke? Tak perlu. Just pilih item yang boleh cover ramai orang.

Contoh:

  • Item #1: Cara bakar kek lapis Sarawak.

  • Item #2: Cara bakar kek lapis Sarawak tanpa gunakan susu dan tanpa gunakan ketuhar dan tanpa ada kek.

Spesifik bagus. Tapi terlalu spesifik pun tak sesuai.

Step 3: Pilih jenis lead magnet

Awak akan struggle dekat sini. Kenapa? Sebab awak akan bandingkan apa lead magnet awak boleh berikan vs orang lain.

Lain orang, lain lead magnet mereka boleh berikan. Ada yang bagi ebook, ada yang bagi checklist, ada yang buat webinar, ada yang bagi template dan lain-lain.

Pilih SATU yang sesuai dengan audience dan sesuai dengan anda jugak!

Step 4: Hasilkan intipati lead magnet

Selepas awak dah pilih jenis lead magnet anda nak berikan, sekarang masanya untuk actually create the thing.

It doesn’t have to be perfect walaupun saya letak nama ‘perfect’ lead magnet.

As long as it is helpful for our customers, memang lebih daripada memadai.

Nah satu cabaran untuk awak: Hasilkan lead magnet dalam masa 24 jam dan reply kepada versi email posting ini.

Kalau awak boleh buat, saya yakin you won’t have any problems untuk build your audience

Step 5: Designkan cover dan mockup

Lepas dah siapkan intipati lead magnet, sekarang untuk hasilkan cover atau mockup.

Katakanlah awak nak berikan satu video specific tentang satu masalah orang hadapi.

Walaupun sekadar nak bagi video saja, kita nak make sure ia nampak professional jugak.

Gunakan tools macam Canva untuk hasilkan thumbnail untuk video dan jugak mockup.

Contoh thumbnail:

Contoh thumbnail » mockup:

Summary & Final Notice

Untuk nak hasilkan sesebuah lead magnet yang ‘perfect’ tidak lah susah. Kita cuma perlu follow saja 5 steps yang saya kongsikan dalam posting ini.

Selepas awak ikut langkah-langkah ini, saya yakin awak boleh tarik ramai orang untuk jadi audience awak.

The issue now is, bila awak siapkan lead magnet?

Kalau awak perlukan bantuan secara detail dengan saya, boleh book sesi consultation PERCUMA selama 15 minit.

Cukup ke 15 minit? Cuba baca apa kata tuan Mubarak Easaam👇

Awak boleh book sesi percuma ini DI SINI. Saya open minggu ini saja, minggu depan busy prepare Raya!

Okay see you when I see you!

Sekian,

Paeh Brian
One skill is you need~

Reply

or to participate.