- Level Up Weekly
- Posts
- Ubah Satu Benda Ini Kalau Awak Nak Mula Buat Capai 'Sukses'
Ubah Satu Benda Ini Kalau Awak Nak Mula Buat Capai 'Sukses'
Kesilapan terbesar saya buat dalam 7 tahun pengalaman saya
Tahun 2024 ini tahun ke-7 saya menjual skill saya. Bila tengok balik, rasa macam dah lama.
Banyak cabaran dan halangan yang saya lalui - rasa macam sedih dan sebak bila teringat balik satu per satu.
Tapi dalam banyak-banyak cabaran, ada satu yang masih menghantui saya dan in fact, masih berlaku hari ini.
Saya yakin, awak pun pernah laluinya dan mungkin tengah laluinya sekarang ini.
This one thing yang membezakan orang yang akan berjaya buat versus orang yang separuh jalan.
It is so powerful yang kalau awak tak buat mulai hari ini, saya cadangkan yang awak stop segalanya.
Berhenti daripada ada niat untuk mulakan perjalanan buat duit online awak. Yes, I am that serious about this thing.
The ‘Deadly’ Mistake
Terus terang saya cakapkan, kesilapan ini ‘membunuh’. It kills us from the inside daripada segi motivasi dan kemahuan kita nak buat sesuatu benda.
Bila awak tak buat benda ini, awak akan rasakan yang segalanya pointless.
Kenapa aku nak kena buat semua ini?
Soalan ini akan berlegar-legar dalam minda awak, buatkan awak rasa nak give up, nak mengalah dan nak quit.
It is simple yet super powerful.
Kalau saya tahu tentang benda ini lebih awal, mungkin saya boleh capai 6 angka setahun dengan lebih cepat.
Kesilapan yang saya buat ialah…
Tak wujudkan sebarang short-term goal
Yes, that is the BIG mistake. Awak perasan tak saya tulis ‘short-term’ dan bukannya ‘long-term’?
Kita ini manusia. Manusia ini ada kemahuan yang tinggi. Kalau kemahuan itu tak dipenuhi, kita akan cepat rasa nak mengalah.
I’ve seen this many many times.
Pernah tak awak tengok kawan awak, sanggup tak keluar makan waktu lunch, bawak bekal daripada rumah, semata-mata nak beli iPhone terbaru?
Apa yang menariknya ialah, dia boleh dapat apa yang dia nak itu dalam masa beberapa bulan sahaja.
Kehendak yang tinggi itu datang daripada short-term goal yang kita letakkan.
My Own Experience
Tahun 2020 was my most successful year. Saya dapat buat RM15K-RM30K sambil belajar (masa itu semuanya online).
Saya ada satu short-term goal yang sangat kuat:
Aku nak beli kereta pertama aku
Cliche? Mungkin - but it worked. Tahun itu I worked like a crazy man. Setiap bulan cari klien baru, dengan harapan saya dapat apa saya nak.
And I did. Bulan Disember 2020, saya dapat kereta pertama saya, Perodua Aruz.
Ingat, saya tengah juggling studies dan jugak side hustle saya ini. Apa yang push saya untuk teruskan ialah apa yang saya nak dapatkan itu.
Itulah powernya bila kita boleh tetapkan satu objektif jangka masa pendek.
Now recently, saya tak wujudkan benda ini - saya menyesal sehingga ke waktu saya tuliskan posting ini.
Setiap hari saya rasa berat untuk nak menulis, berat untuk rakam video…
Jadi learn from this mistake of mine…
Ramai orang cakap: “Fokus je untuk long term”
I disagree 100%. Here’s why:
The name itself.
Kita perlukan quick wins dan fast results
Bila ada benda-benda macam ini, barulah kita akan ada motivasi untuk teruskan lagi.
Yes, long term pun penting. Ia akan jadi hala tuju kita untuk the end thing kita nak dapatkan.
How To Do It
Sebenarnya nak buatnya tak susah. Awak boleh tulis, awak boleh type, awak boleh letak dekat vision board.
Apa cara awak nak buat, ada satu small detail yang awak perlu include:
Specific & Tangible.
Contoh:
Kereta BMW
iPhone 15
Buat umrah
Travel ke Melaka
Now this is good - but not great.
Ada satu benda lagi boleh tambah:
Timeframe.
Contoh:
Kereta BMW dalam 2 tahun
iPhone 15 dalam 90 hari
Buat umrah bulan Oktober 2025
Travel ke Melaka lepas Raya Aidilfitri
Again, awak boleh letakkan dekat mana-mana. Saya cadangkan dekat tempat yang awak senang nak tengok hari-hari.
Summary & Final Notice
TL;DR:
Awak perlukan satu goal jangka masa pendek
Belajar daripada kesilapan saya; tak ada motivasi
Bila nak buat STG, pastikan specific, tangible & timeframe
What’s Next
Saya dah berikan cheat code untuk awak level up hari ini. Kalau awak nak menang game ini dengan lebih cepat, saya sarankan untuk join inner circle saya.
Buat kali terakhir, #SkillSeller Inner Circle akan kenakan yuran RM197/tahun. Lepas Raya nanti, akan naik ke RM29/bulan @ RM297/tahun.
Listen. Awak boleh tengok segala content dekat Internet. Information is everywhere. Tapi implementation is secluded.
Saya nak berikan segala implementation yang awak perlukan. Kalau awak ikut betul-betul, within the next 90 days, awak akan nampak sedikit sebanyak hasil.
Tapi kalau awak tak ada plan untuk take action, jangan join. Info penuh awak boleh dapatkan dekat ini.
Sebelum saya terlupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
Itu saja daripada saya untuk hari ini. See you next week!
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~
Bila awak dah ready, here’s some resources untuk bantu awak capai RM10,000 pertama dengan skill awak:
PDF Percuma Skill Monetization Blueprint: Panduan lengkap A-Z cara untuk kenalpasti apa skill yang awak ada untuk mula jual, berikan impak dan buat duit setiap bulan.
Buku Sell Your Ebook: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Buku ini akan kongsikan cara saya buat untuk awak tiru dan buat sendiri.
#SkillSeller Inner Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit.
Reply